Pages

Aisyah suka melukis

 Assalamualaikum..

Hi all..how are you..?
Aini update blog skit
Lama tak update ni..hehe

Lately ni Aisyah suka melukis
Dan mostly lukisan dia seakan² sama for her age
Memang agak surprise dengan hasil lukisan dia

Mula² dia lukis kat sticky note
So esoknya Aini pi kedai stationary beli drawing paper, pemadam & pencil nip

Punya suka dia.. 
Dia akan lukis, porong dan tampal every parts.
Jom tengok dia lukis kat sticky note




Paling comel yang singa dan pop²

Pastu dia lukis family plak




Dari kanan Aini pakai cekak telinga rabbit, Aisyah, Hubby (dia lukis abahnya ms kecik), Opah (opah rambut pink), adik (nak sangat adik katanya)

InsyaAllah semoga ada rezeki dapat adik Aisyah ya..hehe

Dia akan potong setiap bahagian kepala, tangan badan pastu dia akan gam..pastu nak tampal kat dinding.. buat jelah nakkk asalkan happy..hehe

Tulah cerita pasal Aisyah..

Semalam dia demam rindu opah..
Hari ni dah sekolah dah..terus baik..Alhamdulillah

With Love,
Aini


Aisyah demam seminggu

Minggu lepas Aini tiba² rasa seram sejuk
Badan naik panas sebelum subuh
Hari Aini demam tu memang satu benda tak buat kerja rumah
Tak larat punya pasal Aini duk baring je
Yang kesiannya Aisyah main sorang
Pastu skit² datang peluk Aini sebab dia lonely
Abahnya terpaksa kerja ada benda urgent lak tu di pejabat

Sehari je Aini demam
Esoknya dah ok skit tapi badan Aisyah lak start panas
Ni mesti sebab duk rapat sangat dgn Aini
Kesian dia..

Badan dia panas sampai naik 39
Hari ke-3 demam, Aini & hubby decide nak doc check darah..
Alhamdulillah dia hanya demam biasa
Covid, darah putih tinggi semua negatif
Syukur sangat  



Menunggu ambik darah


Hubby melekakan aisyah tengok tempat lain

Hubby pujuk Aisyah selepas kene ambik darah

Doc advice klau masih panas lg terus bawak hospital.
Hari ke 4 dia pi sekolah sebab rasa dia ok
Tapi selepas balik dari sekolah dia jd lembik dan terus tidur je.. 
Rupanya kat sekolah dia ada main basketball
Mungkin juga sebab panas.. 
So hari Khamis dan Jumaat bagi dia rehat secukupnya..

Selera makan dia pun kurang.. 1kg gak la turun..
Bari Sabtu lepas selera makan dia pun bertambah..lega rasanya..

Ni hubby lak mcm nak rasa demam..

Agaknya musim orang demam kan..
Cuaca pun duk panas hujan ni..

P.S: Doakan adik ipar cepat sembuh ya sbb dia kene covid kali ke2.. Alhamdulillah adik dan anak²nya negatif..semoga adik Aini dan anak² sentiasa sihat dan kuat.

~Aini~

 

Dapat kerja work from home

Assalamualaikum..

Since the day I quit my job, 2 bulan juga Aini usaha mencari kerja yang sesuai.
Aini mengharapkan dapat kerja dari rumah supaya senang nak uruskan Aisyah pergi balik sekolah.

So takdelah mama Aini masih menjaga Aisyah dirumah seorang diri
Sekurang-kurangnya Aini dapat juga jaga mama dan Aisyah kalau dapat work from home..
Berkat doa mama Aini di tanah suci



Macam mana Aini dapat work from home..?
Aini nampak wassap status wife ex bos Aini (tempat Aini kerja di bawah sektor kerajaan dulu tahun 2009-2018)
Secara tidak sengaja Aini cuma mengusik pasal nak kerja dengan dia
Sebab dia ada pos kat wassap status kan so Aini saje la reply
Sekali ntah macam mana dia minta resume Aini (masa tu tgh chat dgn dia 11pm ya..haha)
Dia duk baca2 dia tanya Aini soalan.. Dia kata short interview boleh tak..haha
Aini pun jawab ok je, santai2 lah takde la sampai serius communicate bagai..

Jam 12am dia wassap Aini lagi..
"Aini, you're consider hired"
Aini tanya la dia serius ke..takde nak tanya partner ke..? Dia jawab dia boss dia yang decide sendiri..siap ketawa lagi..

Alhamdulillah dia kata Aini kerja dari rumah je
Sebab mostly dia banyak buat kerja online
Sekiranya dia perlukan aini datang untuk jumpa baru jumpa kalau tak duk rumah je lah..

InsyaAllah akan bermula 1 jun ni..
Semoga dipermudahkan segala urusan Aini dan dapat kerja yang lebih baik dari sebelum² ini..Aamin..

With love,
Aini


Selamat menunaikan haji mama

Assalamualaikum readers..

Selamat menunaikan haji mama..
Hari ni dah hari yang ke-7 mama di tanah suci

Flight mama di KLIA pd 19hb Mei 2023 jam 2am

Tak dapat nak stay lama sebab suami kene keje..
So jam 11pm kami kene balik rumah dah.
Aini tak risau mama duk seorang di Klia 
Sebab ada kawan marhaban mama join sekali
Lega Aini atleast ada orang yang aini kenal ada bersama dengan mama.

Malam sampai rumah Aisyah dah tidur
Sekali dia jerit sebut nama opah sambil hulur tangan nak pi ke opah
Aini nangis sebab tgk dia pasti akan rindu opah dia sgt²
Mana taknya Aisyah dr baby sampai sekarang dia duk sebumbung dengan opah. Aini kerja dulu opah yang jaga so mmg rapat antara mereka berdua.

Hampir setiap hari Aisyah tanya bila nak ambik opah.
Mama Aini balik pada 9 July 2023.
Mama tak pi dengan Tabung Haji
Mama ambik pakej Haji dari Agent Al-Maliki
Ni adalah kali kedua mereka bawa jemaah Haji
Sebab kawan mama aini pernah join tahun lepas dan mama pun decide nak join tahun ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
Gambar2 mama share pada kami 1 family nampk muka mama tenang dan happy.
Aini tumpang gembira untuk mama.

Semoga mama selamat sampai ke destinasi yg dituju dan juga selamat kembali ke tanah air.

Jom tengok gambar ketika kami di airport.

Aisyah & Opah

Tunjuk kapal terbang
1st time tengok dekat²

Siap bawak teropong lagi


Opah & cucu² tengok fish

Hubby & yunus

Kids eating donuts

Kawan marhaban mama Aini

Family Aini..ada yang tak dapat datang

Setiap hari mama takde di rumah rasa sunyi sangat
Selalu bangun pagi dengar je suara mama mengaji di bilik tapi ni sunyi je..

Miss you mama.. 

~Aini~

Big breakfast di Andra By Gula Cakery @ Grandeur Labs

 Assalamualaikum..
Mungkin yang mengenali diri Aini perasan yang Aini dah lama tak blogging..
Maaf ler ya.. sejak kejadian Aini berhenti kerja di tempat baru Aini rasa down
Tapi dalam pada masa yang sama Aini sibuk dengan bisnes kecil Aini
Alhamdulillah bulan Syawal ni ramai yang order kek dengan Aini untuk open house dorang

InsyaAllah esok akan busy lagi nak baking.
5 kek menunggu untuk serve pada tetamu

Kerja..? Masih mencari yang sesuai..
Kalau boleh kali ni nak cari yang dekat dengan rumah
senang untuk Aini lari kejap hantar dan ambik Aisyah sekolah

Banyak kerja kosong dalam facebook puncak alam
Tapi Aini perasan banyak yang scam
ntah kenapa admin group tu leh approve lak
Ada 1 ni Aini perasan tajuk kerja kosong dan ayat2 dia semua sama tapi fb owner dia lain
dan ada juga yang complain pernah kene scam dengan orang tersebut
So nak cari kerja sekarang ni kene la berhati-hati

Buat masa sekarang ni Aini tak kerja jadi semalam adik minta Aini temankan dia
Suami adik kene kerja di ofis setiap Selasa dan Khamis
so urusan nak hantar ke sekolah dia susah skit nak handle sendiri sebab ada baby
So selepas hantar anak2 dia ke sekolah Aini ajak adik brekafast sama
Taknak yang local..kali ni nak western2 gitu..haha
Sekali sekala takpe lah kan

so kami pergi di Eco Grandeur Labs Puncak Alam
Pusing2 nampak kedai Andra By Gula Cakery
Yes kedai tu mahal ya tp once in a while leh cuba apa salahnya
Kami order Big Breakfast 1
sebab memang untuk makan 2 orang..klau makan sorang2 memang takkan habis punya tu bagi Aini lah
Ada cousin tengok gambar Aini kata dia leh habiskan sorang haha

Big Breakfast

Handsome boy baru bangun tido.. Tak ready nak senyum haha

Tengah main dengan Mamaju (Aini)

Susah nak bagi Yunus tengok camera

Nampak sedap kan breakfast dia..? 
memang habis semua.. Yunus pun makan
Harga Big Breakfast tu Rm32 tak termasuk air
So total semua sekali dengan air untuk sarapan pagi dah RM68
Hahahaha.. Xpe tu maybe sekali setahun leh la makan kan kan..Hehe

Nanti Aini free Aini akan update gambar raya di kampung pula ya..

Semoga readers dalam keadaan sihat dan kerapkan minum air kosong
Cuaca sekarang ni semakin panas dan ramai yang jatuh sakit
May Allah protect us all..

With Love,
Aini


Wordless Wednesday: Kaset & Radio

Pernah alami.. Kaset kosong dirakam dari radio yang mainkan lagu kegemaran Aini.

Keluar je lagu best² stand by untuk rakam..

Bila dah nak habis lagu cepat jari standby kt button Pause taknak bg dengar suara DJ..

Siapa pernah buat..? Hehe




Salam Aidilfitri - Raya disini jer

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri buat kawan² blogger and also to my silent reader..

1st Syawal Aini beraya bersama mama Aini.
Adik Aini beraya belah mentua dia.. 
Malam raya dia balik tido di rumah mama Aini.

My MIL ada di KL, duk rumah kakak ipar.
InsyaAllah raya ke-3 baru jumpa MIL and others belah suami.

Opah Aini pun ada di KL.. 
So takyah pening² nak balik kampung sebelum raya..
Minggu ke2 baru balik kampung.

Tahun ni last minit beli baju raya..
Hubby banyak pi site visit so masa nak shopping raya tu sangat la last minit. Beli baju raya 3 hari sebelum raya. Sampai 1 hari tu cakap kat hubby baju raya Aisyah tak beli lagi ni..Hubby dah terbeliak mata..haha

Aisyah nak warna merah
Entah nape susah plak nak cari baju merah
Aisyah nak merah kosong
Ada la 1 baju ni bunganya merah penuh 1 vaju kurung..Aisyah taknak tau..haha

So pi la Aeon.. kedai poplook
Yup mahal bajunya.. mungkin tahun ni jelah beli mahal..haha
Dah beli tu, Aini cari la baju yang sesuai kene dgn baju Aisyah.. Mcm peach/soft nude colour 

Selepas baju Aini & Aisyah dah beli
Hubby plak beli baju sendiri
Dia suka pakai baju brand Bulan Bintang since last 2 years lg..
Cuma tahun ni duk masuk iklan bagai.. famous lak brand tu..haha

Aisyah skrg tgh duk batuk pula
Tapi aktif main dgn cousin2 dia
Bila dah balik rumah kerap lak dia batuk sampai muntah kahak yang banyak
Risau plak dibuatnya..
Maybe raya ke2 ni duk rumah jelah

Doakan Aisyah cepat sembuh ya..



Selamat Hari Raya Semua
Maaf Zahir & Batin

~Aini~


Sahur : Roti bakar gula perang bersama cheese

 


Aini sahur nak makan nasi kadang2 payah..
So makan yang simple je..
Ternampak dalam ig

Roti bakar bersama gula perang & cheese

Resipi:
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar marjerin
1 keping cheese
2 keping Roti

Gula dan marjerin digaul sebati
Sapu atas roti 
Roti yang ada gula tu letak atas frying pan dengan menggunakan api kecik
dah agak golden brown letak cheese atas roti tu dan letak lagi sekeping dia atasnya.
(Ingat yang ada gula tu perlu atas frying pan untuk bagi dia rangup & golden brown)
Kedua2 roti tu akan jadi rangup bila dh masak..

Jangan letak api sederhana/besar nanti hangit tak sedap
Kene betul2 low heat

Dah siap boleh terus makan..
Kalau taknak letak cheese pun xpe..
makan mcm tu pun ok..

boleh juga buat untuk breakfast atau snack

Selamat mencuba

~Aini~


Terpaksa letak jawatan 24 jam

Assalamualaikum..

Hampir 2 minggu Aini tak update blog.
Aini pernah cerita Aini dapat offer dengan kerajaan Selangor.
Jawatan sebagai kerani akaun..
Masa interview pun dia mention task apa bila dpt job tu..
Cuma satu dia tak mention.. Jadi pengasuh/babysitter!!
Kenapa jadi pengasuh pulak..?

Aini apply kerja sebagai kerani akaun tapi bila lapor diri pada hari pertama Aini kene jaga budak umur 2 tahun.. Aini macam eh kenapa pulak kene jaga budak..?
Dorang kata mereka kekurangan staff untuk jaga budak umur 2 tahun. 
So Aini 1st day ok lah
Esoknya Aini ingat nak ke ofis Aini, sekali dapat msg dari pengerusi kata minta Aini ganti lagi jaga budak dan tempat meja aini xde lagi. Aini mcm hmm ok la..
harap hari ke-3 back to my routine as kerani akaun la not baby sitter..
Jaga budak umur 2 tahun memang penat. 
Apatah lagi ms tu Aini kene keje jaga budak 2 tahun seramai 10 orang. 
Bayangkanlah betapa ramainya nak handle anak orang umur 2 tahun ni. Macam2 ragam, kerenah dorang ni.. Bila kat sini nangis, sana plak nangis. Aini jadi tertekan.
Dan mula lah Aini dah start semput sebab penat sangat.

10 orang budak 2 tahun


Hari ke-3, pengerusi wassap Aini minta jaga budak 1 minggu..
Aini macam dah kenapa..So Aini reply minggu ni je kan, next week dah boleh back to ofis..?
Aini siap bagi tahu Aini takleh jaga budak ramai sangat dan Aini takleh penat sangat sebab Asthma
End up dia kata, Pengetua dan say pengerusi kene jadi teacher klau ada kekurangan teacher termasuk Aini

Ok fine, Aini bagi tahu hubby Aini
Hubby Aini dah bising, kenapa masa interview tu tak cakap kene jadi teacher jugak
klau Aini tahu memang Aini tak ambik offer tu..
Nasi dah jadi bubur..
malam tu Aini serang Asthma lagi
So Khamis Aini mc dan bila pi jumpa doc. Aini ngadu Aini sakit dada (chest pain)
So doc minta Aini buat ECG (Untuk cek jantung)

Selepas check, bacaan pertama doc tak terima, tertanya gak Aini kenapa
mungkin bacaan tak cantik
Kali kedua ok tapi bacaan jantung Aini low
Dia tanya Aini ada sakit jantung tak..? Aini jawab takde
Doc kata jantung Aini lemah.. 58.. bila check kat jari masih below 60 
Doc nk buat surat hantar ke pakar tapi Aini taknak..haha
Aini tanya klau tak buat takpe ke..? Doc tanya klau Aini sakit dada apa Aini buat
Aini jawab aini akan rehat
So doc advice kalau ada sakit dada lagi kali ni kene refer ke doc pakar

Mungkin Aini terlampau penat sampai 3 hari bekerja di tempat baru Aini turun 3kg
Hubby kata baik Aini berhenti kerja
So esoknya Aini resign 24hrs

Mungkin itu lah terbaik untuk diri Aini dan kesihatan Aini
buat apa nak diteruskan kalau diri sendiri asyik sakit je.
Takpelah rezeki itu luas..

Sekrang ni aini uruskan Aisyah dulu hantar sekolah ambik dari sekolah
Bake kek orang order sementara tunggu kerja tetap
InsyaAllah ada rezeki untuk Aini yang lebih baik boleh bantu hubby dan mama Aini

Hanya Allah saje yang tahu..

~Aini~


 

Aisyah rasmikan Pop² & Bunga Api

Semalam jam 9pm
Mata Aisyah dah nampak berat je..rs ngantuk
Tapi tahan mata jugak dia sebab dia nak Pop² abahnya beli
Nak main dengan sepupunya lambat lagi sebab minggu depan br dorang datang
So Aisyah nk rasmikan dulu pop² dan bunga api

Jiran depan rumah pun duk main bunga api jugak
Mostly yang merxun la tp parents dorang ada so xde masalah la ada guide
Aisyah pun main la Pop²
Ketawa memanjang seronok main
Dengan gelagat badan yang bum2 tu buat Aini geli hati

Hampir 30min gak la dia main
Selepas main dia kata nak susu
Basuh tangan dia dan muka terus bagi dia baring ke sofa
Bagi dia susu pastu tak lama lepas tu tidur

Nampak sangat dia penat tu
Bangun tidur pagi  semalam pun awal plak tu
Klau leh nk bagi dia tidur lama..
Ni tak..nampak je Aini dah bangun dia pun bangun skali..haha




Nampak tinggi dah Aisyah..
Rindunya masa dia baby..huhu


~Aini~

 

Labels

Followers