Pages

Pertama kali ke Aquaria bersama Aisyah

Sejak bulan Jun 2025, hubby akan berkerja 6 hari seminggu.
Hari Sabtu kerja full day.
Sejak tu kami jarang keluar jalan-jalan.

Memang agak bosan duk di rumah lama-lama tapi takpelah demi mencari rezeki untuk keluarga tercinta.
Dalam memo ofis hubby, memang keluar nama dia je. 
Cuma klau dia tak larat dia tak kerja la tapi kene cari pengganti.

Sabtu lepas pada 1 November 2025, hubby off day
Memang Sabtu tu nama dia takde.
Dia tanya Aini nak pi mana esok, Aini cakap mana2 je.. nak pi Aeon atau Sogo pun ok..
Hubby pun diam sambil belek2 fon dia..rupanya dia tengah cari tempat nak berjalan.
Hubby pun tanya, nak pi Aquaria tak.. Aini plak yang excited terus cakap boleh, boleh, boleh..haha
Masa tu Aisyah xde situ.

Sabtu pagi bangun awal, mandi dan siapkan Aisyah.
Aisyah tak tahu lagi nak pi mana.
Tak tahu la berapa kali dia tanya abahnya kita nak pi mana..
Aini jawab surprise...

Sampai KL, kami park kereta di Jalan Pinang, belakang KL Convention Centre
Jalan kaki lebih kurang 5min, nasib baik pada masa tu cuaca agak mendung so tak panas la

Sampai je di Aquaria, kami beli tiket dulu pastu pi early lunch di Tea Garden, KLCC
It's a halal restaurant, banyak cawangan di Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Australia.

This is what we eat,

Tea 3 layer ni sodap


Suami nasi ayam rendang
Aini fried rice cake.. ni pun sodap

Aisyah Hainan Chicken rice ball
Aisyah makan 4 rice balls pastu kenyang dah..
mama dia la kene habiskan..huhu

Selesai makan, kami terus ke Aquaria
kedai makan dia area situ juga so tak jauh la nak jalan.

Aini snap gambar jadi 1 short video. Hope you guys enjoy watching.


Lepas ni akan pi tempat best lagi cuma tunggu abah Aisyah cuti lagi hehe

With love,
Aini

6 comments:

  1. 3 layers tea dkt tea garden tu fav bff akak...mmg kalo mkn situ wajib die order air tu...suka aisyah dpt jln2 aquaria

    ReplyDelete
  2. menarik betul air dia tu.. kena try juga tea garden nie.. nampak menarik makanan dia

    ReplyDelete
  3. sama suami kak ana pun kena kerja Sabtu , dapat off day Ahad sahaja.. tapi dah biasa dah berpuluh tahun begitu sebab kerja bidang operasi kan... Aquaria memang seronok bawa anak-anak tengok haiwan laut..

    ReplyDelete
  4. Jujurnya uncle sendiri tak pernah sampai aquaria!

    ReplyDelete
  5. Jngan la share foto 3 layar tu... uncle tengah tahan gula ni... huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Mesti seronok Aisyah dgn surprise jalan2 ke Aquaria tu. Anak2 saya dulu kemain suka pergi situ, balik dari Aquaria lepas sebulan pun tak habis lagi bercerita pasal trip ke Aquaria 😅

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers