Assalamualaikum,
Tahun lepas, perginya seorang abang ipar (anak sulung) meninggal di usia yg muda..
Minggu lepas pula, kakak ipar Aini (anak no.3) kini telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas jam 11pagi.
Aini dapat msg daripada mother in law (MIL), dia bagi tahu yang KakZeera dah takde.
Masa tu Aini di rumah, baru balik ambik anak sekolah Kafa.
Aini call hubby, dia tak jawab. Mungkin dia tengah on call ataupun di site visit.
Sekali hubby call yang dia dapat call daripada kakak no.2. Pada masa tu dia ada di Melaka.
Bos ajak dia pi site sana.
Hubby balik naik kereta jabatan with high speed untuk balik ke ofis dia dan terus ke Ampang untuk berjumpa dengan arwah.
Daripada 2 jam sampai jadi 1jam30min dia sampai shah alam.
Mujur pada masa tu kawan dia ada sekali. Bos tak bagi dia balik seorang.
Arwah meninggal dalam keadaan dia sedang tidur di rumahnya.
Selepas dia makan, pastu makan ubat dia kata kat anak dia nak tidur.
Anak perempuan arwah baru habis SPM..sementara tunggu dapat masuk Uni mana2 dia jaga mama dia.
Anak dia nak kejut untuk bagi arwah lunch tapi tak bangun.
Dia pegang tangan mama dia sejuk je dan tak bergerak.
Pada masa tu, suami arwah xde di rumah. Dia kat sekolah nak ambik 2 orang anak lelaki.
Selepas doktor disahkan yang arwah dah takde, doktor siap cakap sungguh ajaib..
Kalau diikutkan, arwah boleh bertahan dlm 3 bulan pada hujung thn lepas selepas segala ubat dan kimo takleh terima dalam badan dia tapi arwah boleh bertahan selama 6 bulan.
Doktor bagi morfin lebih dose untuk bagi dia tidak sakit akibat cancer yang sedang merebak ke seluruh badan. Setiap kali makan, arwah akan lebih banyak tidur. bila tidur, kesan sakit tu dia tak rasa.
Hubby bagi tahu, semasa arwah dimandikan, tubuh badan dia sangat lembut seperti sedang tidur..
badan tak keras.. dan arwah sangat bersih semasa dimandikan. Syukur Alhamdulillah.
Arwah dikebumikan di Ampang jam 6.45pm.
Ramai yang hadir di tempat perkuburan.
Ramai sayangkan dia.
Semoga KakZeera tenang di sana.
Hilang segala sakit2 di tubuh badan KakZeera.
InsyaAllah Aini akan jaga dan tengok anak2 KakZeera yang masih bersekolah.
KakZeera jangan risau ya.

Al-Fatihah..
Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah Aini
ReplyDeletesalam takziah...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...aamin
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah dear..moga rohnya dicucuri rahmay & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..al fatihah..
ReplyDeleteTakziah...
ReplyDeleteSalam takziah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Semoga suami dan aank2 redho bila perginya mama. Sebak pulak
ReplyDeleteInnalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
ReplyDeleteSalam takziah buat Aini sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻
ReplyDelete