Assalamualaikum,
Mata Aini kene berjangkit dengn suami..
Ahad pagi tu mata hubby dh start merah dan berair.. pakai la ubat mata aisyah sebab ada baki lg.
Mata Aisyah dah ok tapi hubby plak kene..
Ahad malam tu pula, mata Aini plak dh mula berair.
Isnin hubby decide nk ambik mc.
Aininpun ikut pi klinik.
Memang tengah musim sakit mata.
Kawan ofis hubby pun kene gak, jumpa doc yg sama.
Katanya mata dia lagi bengkak atas bawah dengan mata merah berair.
Tak biasa pakai sunglass.. pinjam la mama Aini puna bagi nak elak dari kene merebak kt orang lain.
Aini start batuk sejak minggu lepas, campur dengan sakit mata memang rasa terseksa.
Masa nak masak tu, Allah saje yg tahu betapa pedihnya mata.
Sekali tu je lah masak, sekarang pi beli je atau makan la apa yg ada di dapur.
Nak tunduk sakit, solat pun sakit..
Hari ni dah hri ke 5..suami dapat mc sambung lgi 3 hari. .
This is my very 1st time got eye infection.
Pastikan tangan sentiasa bersih..
Jangan share kain lap, pakai tisu ya..
Take care all..
With love,
Aini