Pages

Datang interview berpakaian tak formal

Assalamualaikum,

Dah sebulan lebih bekerja di tempat baru. Alhamdulillah jiwa rasa tenang dan seronok kerja.
Bila adanya give and take, bekerjasama dalam apa jua sekalipun,
kita akan rasa seronok nak pi kerja kan.
Teringat semasa kerja di Putrajaya dulu.. 
10 tahun bekerja, xde rasa malas nak pi sana sebab suasana yang ceria, happening bila kita bekerja.
Sama la di tempat kerja baru Aini.

Semoga Aini terus kekal bekerja di sini sehinggala rasa nak pencen awal..hehe...
Tahun depan dah 40, kite plan nak pencen awal dalam 45 gitu
pastu nak fokus 100% on baking di Juzabakes.

Sejak kerja sini, bila ada port luck, Aini akan bawak kek
Sampaikan staff2 di sini pun order utk jamuan anak, untuk makan bersama family..
Termasuk la bos Aini sendiri, order untuk makan sendiri. 
Masa nak balik dari ofis, dia pegang kek 8inch tu sambil makan, 
Betapa sukanya dia. Alhamdulillah

Terlari tajuk plak.. ok..

Aini bekerja sebagai HR, dulu ada la pengalaman skit psl HR tp x fully handle..
So banyak la Aini kene study..

Yang paling byk is interview new staff for Live Host
Sebab bos nak tambah product baru
Tapi orang yang hantar resume cantik kemas, dlm gmbar dia pun nmpk la kemas
Bila dipanggil untuk interview rasa nak marah pun ada..tau kenapa..?

Calon tu datang dengan muka yg x bermaya, naked face la..
Even org yg naked face pun leh nampak la berseri tp ni tak ya.
Macam org nak pi pasar sebabnya pakai tudung sarung, baju plak x formal/kemas, mmg betul sarung terus kuar pi kedai.. haa camtu la.. leh imagine tak..?

Calon lelaki plak, nampak smart, mcm leh tahap level kerja di KLCC
Bila datang, dia pakai cap, t-shirt tak berkolar, and short pants bawah lutut..

Nak ke hire orang mcm tu..? memang tak la..

Tapi nak jaga air muka dia, Aini layankan aje, interview macam biasa pastu dah..haha

Ada orang ni attire cantik kemas kita pun sedap mata memandang
dari interview terus berborak pasal keje dia dulu..hahaha

Macam2 kan manusia sekarang ni..?
Nak kerja tapi kalu appearance macam tu macam mana management nak trust untuk ambik dia.

Lagi satu ni kelakar.. 
Saya tanya, awak tahu jawatan apa yang awak apply..?
Dia leh jawab, saya tak tahu, saya nampak iklan saya terus hantar resume..
Rasa nak tepuk dahi dia.. 

Tuler nak interview ni kenelah prepare kan..?




Begitulah cerita pasal interview orang ni..

Ok, nxt entry kita update lagi..

With Love,
Aini

3 comments:

  1. alhamdulillah.. seronok keja...
    emm..mcm2 ragam yer layan org interview..

    ReplyDelete
  2. Takde persediaan langsung. Barangkali mereka berpendapat kalau dapat kerja, dapatlah, kalau tak dapat pun takpe.. 😅

    ReplyDelete
  3. Bebudak zaman sekarang kot, ada ke interview rupa gitu... Kalau kemas pakaian kan elok mata mandang nya kan, ini kalau dah serabut serabai kita pun tak lalu tengok.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers