Pages

Perginya Abang Sulung Suami


Assalamualaikum,

Awl minggu lepas, kami dapat tahu yang abang sulung hubby masuk hospital kerajaan di Ampang.
Dia sesak nafas dan ada juga masalah buah pinggang.

29hb Sabtu jam 4pagi, dapat panggilan daripada mother in law (MIL)
MIL call hubby tapi dia tak dengar so dia call fon Aini. 
Aini suka pasang kuat sebab incase ada apa2 kan..

MIL bagi tahu yang brother in law (BIL) dh tak sedar diri di hospital.
Doc tengah buat CPR.. Hubby dan Aini rasa tak sedap hati.
Jam 5pagi, MIL call dan bagi tahu yang BIL dah takde..
MIL duk Tronoh, Perak masa tu, baru plan nak datang later tapi tak sempat nak jumpa anak dia.

Mostly semua adik beradik ada di hospital nak uruskan apa yg patut.
Hubby nak ambik maknya tapi ambik di separuh jalan.
MIL ada panggil Grab, katanya nk naik tren tp tiket takde
Dengan baik hatinya orang Grab ni kata, dia sanggup hantar MIL ke KTM Tanjung Malim
untuk bagi hubby Aini senang nak ambik maknya 
Klau nak drive ke Tronoh pegi balik pun dah 5 jam..
Bayaran pada org grab ni dia kata ikut la brape MIL nak bayar. 
Semoga murah rezeki orang Grab ni.

Kami bergerak dari rumah jam 7pg,
Sampai KTM Tanjung Malim kul 8.30pg, ngam2 MIL pun baru sampai gak di sana..
Hubby bayar lagi pada org grab ni sbb sanggup hantar ke sana.
Klau ikut kiraan betul mau beratus2 juga..

Kami tiba di Masjid Selayang pada jam 1030am
Kalau kami ambik mak di Tronoh mau sampai ke kul 12 lbh..
Sampai je Masjid dorang mandikan jenazah di masjid
Solat jenazah
Dah selesai, jenazah dikebumikan di Kubur Bandar Baru Selayang.

It was shock and sad..
Umur baru 45 tahun
Kalau diikutkan masih muda lagi
Tapi Allah lebih sayangkan dia.

Selepas selesai dikebumikan arwah BIL,
kami ke kubur arwah baba (Father in Law)
agak jauh skit nak jalan.

Sekali Aini pandang awan, nampak makin mendung
Pandang depan Aini lebih kurang 2km jauh tu dah nampak mcm hujan lebat
Tak sampai 10min hujan lebat datang, xde renyai ke apa
Kelam kabut la kami nak balik ke kereta.

Aisyah hubby dukung dan Aini payungkan dorang
Aini basah lantak la janji Aisyah dan hubby x demam..
End up semalam Aini demam dan semput
Telan air liur pun rasa perit je


Aisyah dapat kawan baru, duk belek tabung masjid.
Yang baby sado tu anak pada adik ipar yang bongsu

Tinggal la 5 adik beradik hubby Aini tu..
Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah


 

6 comments:

  1. Salam takziah buat keluarga Aini. Semoga dipermudahkan urusan hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. salam takziah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.. aamiin..

    ReplyDelete
  3. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    Semoga roh arwah BIL Aini ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...

    ReplyDelete
  4. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi Allah. Alfatihah

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat Aini sekeluarga.
    Didoakan agar arwah Abg ipar ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers