Pages

Pakteh tinggalkan kami

 Assalamualaikum..

Dukacita Pakteh Aini telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu pagi (21hb Oktober 2023) jam 7.30pagi.



Pakteh seorang pendidik, seorang yang sweet dan selalu dengan senyuman.
TokJa yang rajin melayan cucunya
Semoga pakteh pergi dengan husnul khotimah
Semoga amalan pakteh yang baik-baik jadi peringatan buat yang masih hidup.

Sehari sebelum pakteh meninggal, Aini dan family on the way balik ke kampung Perak
Selepas suami habis kerja petang tu, dia balik mandi rehat jap pastu terus balik kampung
Semua berpakat nak jumpa dengan pakteh esoknya di hospital
Masa tu takde sape2 di rumah opah kecuali Aini sekeluarga..
Adik beradik pakteh plan nak balik kampung hari Sabtu tu

7.30pagi Aini pi toilet dan bersiap nak pi mandi
Aisyah pun dah bangun, suami masih tidur sebab penat bekerja hari Jumaat tu
Tiba² Aini dengar suara orang menangis
Aini intai dr tingkap bilik, nampak opah menangis dengan maid dia
Terdengar suara Maklong dalam talian
Hati rasa tak sedap so Aini terus pi kat opah
Maid kata pakteh dah takde..

Opah nak masuk dalam rumah sangat lemah
Sampai Aini & maid kene papah dia
Mana ibu tak sedih klau anak yang pergi dulu kan?
Pakteh beruntung, ibu yg masih hidup doakan pakteh di sana

Sunyi sepilah opah di kampung
Selalu setiap hujung minggu pakteh akan balik rumah opah
Sebab rumah pakteh dekat je dengan rumah opah berbanding dengan anak² opah yg lain..
Sehari sebelum pakteh masuk hospital, maid ada tunjuk gambar yang dorang tengah seronok pi shopping di Aeon Ipoh dan bawak opah jalan²
Tak sangka tu adalah kali terakhir berjumpa

Makteh Aini lagi sunyi
Dia takde rezeki dapat anak lagi
Masa pakteh dibawa ke rumah opah dengan siap kafan
Raut wajah makteh sangat la tenang dan nampak kuat
Semoga makteh terus kuat ya..

Kami sekeluarga sayang pakteh
Tapi Allah S.W.T lebih sayangkan pakteh
Kami redha

Al-Fatihah


5 comments:

  1. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    Semoga arwah Pak Teh diampunkan dosa-dosanya, dan ditempatkan di tempat yang mulia (syurga), diluaskan kuburnya, dimandikan dengan air salju dan air yang dingin, dibersihkan dia dari segala kesalahan, diberi ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia) dan dimasukkan ke syurga, Ameen YRA 🤲🏻
    Salam takziah Aini & keluarga.

    ReplyDelete
  2. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ... takziah buat aini & family... al fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin..

    ReplyDelete
  3. salam takziah Aini...al fatehah untuk pakteh

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat Aini sekeluarga. Mudah-mudahan arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲

    ReplyDelete
  5. Semoga di terima segala amal ibadahnya

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers