Pages

Salam Jumaat - Rukun Solat



Mari kita perbetulkan! Rukun solat ada 13 semuanya iaitu:
1. Berdiri tegak bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Manakala, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh svkit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang, atau dengan menggunakan isyarat.

2. Hendaklah berniat untuk melakukan solat. Contohnya, kalau solat Maghrib, mestilah niat di dalam hati untuk bersolat Maghrib.

3. Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz “Allahu Akhbar”

4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.

5. Rukuk dengan tama’ninah. Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.

6. Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.

7. Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.

8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.

9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.

10. Membaca tasyahud/tahiyat akhir.

11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.

12. Memberi salam yang pertama.

13. Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. 

Selamat beramal… 🤗

With Love,
Aini

Mengantuk la pula..

 


Mata rasa ngantuk sangat la..
saje buat blog nak bagi mata ni segar skit..
Tapi macam berat je..

Mungkin sebab di luar dah mula gelap.. nak hujan rasanya..
Pastu ofis on aircond..
Memang berat la mata ni haaaaa

Lagi 20minit balik..
klau ikutkan balik kul 6 tapi tadi sampai ofis lambat sikit..
So nak cover waktu masuk lambat pagi tadi..

ok lah.. nal buat apa lepas ni..?
Buat kerja untuk hari ni dah siap dh..

With Love,
Aini

Berbuka di mana ya..?

Ramadhan is just around the corner guys..


Sempat tengok dalam FB tadi pasal orang share buffet berbuka puasa nanti..

Dalam kepala.. Nak berbuka katne ya..?

Emmm mahal la plak..

Berbuka kat rumah je lah.. haha




With Love,
Aini


Staff berhenti kerja sebab..

 Assalamualaikum,

Hari ni mood swing.. sebab nak datang bulan kot.. haha.. selera makan pun kureng..
Dah la hari ni pening fikir pasal seroang staff ni..
Dia ni ok baik sebenarnya tapi berpunca dari budak part timer yang buat hal pasal kereta customer dia naik mengamuk la.

Selepas kejadian tu dia tiba-tiba sakit kepala dan stress.. 
Dia MC sehari dan ambik 3 hari cuti.
Esoknya dia kerja.. Budak part timer ada lagi tu.. 
Masa tu cuti sekolah lagi. Dia kerja sekejap je pastu dia time out balik..
Tak cakap apa pun kat Aini.

Sabtu tu bengkel bukak..Aini kerja halfday. Dia tak datang kerja..
So Aini text dia tanya mc lg ke..? Dia kata dia nak ambik cuti panjang..
Dia takleh tengok muka budak2 tu. 
Pastu dia kata setiap kali datang bengkel dia dah mula meluat..
Dan sehingga sekarang dia tak masuk kerja dengan hanya berdiam diri tanpa berita.
Minggu lepas langsung tak masuk.

Hari ni pun tak masuk
Boss bagi tahu Aini kalau dia tak masuk hari ni teminate dia terus.
Boss pun dah kira gaji dia siap-siap dah.. Boss dah fed up la tu
Mungkin kalau tak kerana budak2 part timer ni benda ni takkan berlaku.
Sebab dia dh bertahun kerja kat bengkel ni.

Budak part timer semua dah berhenti bila Isnin lepas tu dah mula PDPR
cuma anak buah boss je gatai nak keje gak.. Tak pi sekolah pun..
Bila ditanya dia jawab ayah dia suruh kerja.
Aini tak rasa ayah dia suruh kerja..
Sepatutnnya Sabtu lepas anak buah bos last day, tapi boss terminate dia teru hari rabu tu.
Boss nak bg dia fokus belajar.
Duit leh cari kemudian. Boss kata nak kumpul duit ambik lesen.
hmm ntah lah..
Bila gaji kurang dia ngadu kat mak bapak.. 
Budak umur tingkatan 4 tu.. Bukan 4 tahun.
Macam-macam budak zaman sekarang kan..?

Kalau budak2 ngadu kat parents, mint aparents siasat dulu..
jangan main tuduh tanpa usul periksa..
Banyak dlaam socialmedia duk share/viral benda tak betul.. 
Asyik nak salahkan orang je padahal anak sendiri yang buat salah.

Klau zaman Aini dulu.. anak buat salah parents tak attack orang lain..
Anak sendiri dia akan marah.. mesti ada sebab nape orang tu marah anak dia..
Zaman sekarang ni kot anak over react..
Aini taknak cakap lebih-lebih nanti Aini pulak kata tak betoi..haha..


Image: Mr. Google

So Aini rasa staff ni nak berhenti.
Tadi text dia pun tak reply..even sorang lagi staff ni text dia pun tak reply.
I guess that's it then.
Boss kata sampai kul 1ptg tak reply, terminate dia.
Kadang2 kita sendiri rasa bersalah.
Nanti terminate dia tiba2 dia nak kerja plak.
Atleast reply cakap masih nak kerja ke atau tak kan..
akde lah orang duk tunggu-tunggu
Buat kita rasa geram pulak..

c'est la vie
(Itu lah kehidupan manusia)

Cakap Bahasa Perancis plak..haha

With Love,
Aini




Suami meninggal di usia muda..

 Assalamualaikum..

Bulan ni dan bulan lepas adalah paling sedih buat kawan Aini. 

Bulan lepas suami dia meninggal disebabkan Covid19.
Umur 30an.. baru dapat seorang anak tahun lepas setelah belas tahun berkahwin.

Bulan ni pula, Isnin baru ni suami meninggal akibat cancer stage 4. 
Suaminya kene cancer pada tahun 2021. Ada ketumbuhan di tulang belakang.
Anak 3 orang. Yang paling kecik baru 6 bulan.

Semoga kawan-kawan Aini menjadi seorang hamba Allah yang kuat semangat demi untuk anak-anak mereka. Dan semoga ada orang yang terdekat akan sentiasa temani mereka.. InsyaAllah




Al-Fatihah buat suami-suami kawan Aini.

With Love,
Aini


Wordless Wednesday - Aisyah dan baby Yunus


Noor Aaisyah bersama sepupu barunya Yunus Mateen

Lunch Ayam Grepek Telur masin

Assalamualaikum..

Sihat ke..? sorry Aini jarang update setiap hari.. Ada selang-selang hari pula..
Agak busy sikit di ofis bengkel ni.. Macam-macam hal berlaku.. Adehh.. 

Budak sekarang ni kuat ngadu mak bapak sampai kecoh dibuatnya.
Anak buah kerje part time di bengkel pakcik dia..tempat Aini kerja lah. 
Mengadu kat parents elaun kene potong.
Mesti la ada sebab kene potong kan..?
Dah xtau apa2 pasal kereta yang pi gatal usik tu buat apa..kan dah kene ganti yang baru.
Kereta bukan local pulak tu. 

Bos minta Aini potong elaun rm5 sehari..
Masa bagi elaun kat budak2 tu pun Aini explain la kenapa kene potong..
Bos nak bagi pengajaran kat dorang.
Ingat dah ok dh rupanya ada lg dorang tak puas hanti.
Lantak la labu.. tak puas hati pi jumpa personal dengan pakcik hang.
Kita ni banyak bende lain nak kene buat kan..

Jam 1215pm td perut dah bunyi kerocong.. 
Lapar dh rada. Pagi td breakfast minum milo bersama 1 keping roti butter scotch.
entah kenapa semalam dekat 2-3 kedai takde roti putih. 



Sebab sekolah start ke roti sold out..? hehe
Ni pi kedai runcit sebelah pun takde roti putih..

So tadi Aini bukak food panda
Lapar nasi order la Ayam geprek salted egg..
memang tak muak sebab tu aini banyak kali order ni sekali sekala.

Sanitizer perfume - Pudore

Assalamualaikum..

Aini menjual Pudore hand sanitizer perfume.
Bila dipakai memang bau dia wangi dan tak melekit.
Ada 6 flavour, small and easy to handle.









Bau sangat la wangi.. 
sebab tu Aini mention Sanitizer perfume..
Leh gantung kat tepi handbag, bag sekolah, mana2 la sebab senang nak dibawa ke mana2..

Berminat leh Whatsapp Aini ya..

RM10 exclude postage

Ready stock..
Setiap flavours ada 2 pcs..


With Love,
Aini








NAJIS ITU ADALAH DIRIMU

"NAJIS ITU ADALAH DIRIMU



Siapa Yang Tidak Kenal Abu Yazid Al-Busthami, Beliau Adalah seorang Syekh Atau Pemimpin Kaum Sufi. Namun Siapa Sangka Beliau Pernah Mendapat Ilmu Yang Sangat Berharga Dari Seekor Anjing Di Tepi Jalan. 

Seperti Biasa, Abu Yazid Al-Busthami Suka Berjalan Sendiri Di Malam hari. Lalu Dia Melihat Seekor Anjing Berjalan Terus Ke Arahnya, Anjing itu Dengan Bersahaja berjalan Dan Tidak Menghiraukan Sang Syeikh. Namun Ketika Sudah Hampir Dekat, Al-Busthami Mengangkat Jubahnya Kuwatir Tersentuh Sang Anjing Yang Katanya Najis itu. 

Spontan Anjing itu Pun Berhenti dan Terus Memandangnya. Entah Bagaimana Abu Yazid Seperti Mendengar seakan Anjing Itu Berkata Padanya;

"Hai syekh... Tubuhku Kering Dan Tidak Akan Menyebabkan Najis Padamu. Kalau Pun Engkau itu Merasa Terkena Najis, Engkau Tinggal Basuh 7 Kali Dengan Air Dan Tanah, Maka Najis Itu Akan Hilang. Namun Jika Engkau Mengangkat Jubahmu Karena Menganggap Dirimu Yang Berbaju Dan Berbadan Manusia Itu Merasa Lebih Mulia, dan Menganggap Diriku Yang Berbadan Anjing ini Najis Dan Hina, Maka Najis Yang Menempel di Hatimu itu Tidak Akan bisa Bersih Walaupun Engkau Membasuhnya Dengan 7 Samudera Lautan".

Abu Yazid Tersentak Dan Minta Maaf pada Sang Anjing. Sebagai Tanda Permohonan Maafnya Yang Ikhlas, Dia Pun Lantas Mengajak sang anjing itu untuk bersahabat dan berjalan bersama. Tapi si anjing itu menolaknya. Dan seraya berkata :

"Engkau tidak patut berjalan denganku, kerana mereka yang memuliakanmu akan mencemohmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta atas wujudku yg seperti ini. Lihatlah..... !! aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulangpun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung Gandum", Lalu Anjing itu Pun Berjalan Meninggalkan Abu Yazid Yang Masih Terpinga-pinga. 

Abu Yazid masih terdiam, dalam hatinya mengasuh : "Duhai Allah, Untuk Berjalan Dengan Seekor Anjing Ciptaan-MU Saja Aku Tidak Layak, Bagaimana Aku Merasa Layak Berjalan Bersama Dengan-MU, Ampunilah Aku Dan Sucinya Hatiku Dari pada Najis hatiku ini."

Sumber : Facebook 

Sejak Peristiwa itu, Syeikh Abu Yazid Pun Sentiasa Memuliakan dan Mengasihi Semua Mahluk Tuhan Tanpa Syarat. 

"Janganlah Menganggap Dirimu Lebih Suci Daripada Yang Lain, Sesungguhnya Tuhanmu Lebih Mengetahui Siapa Yang Paling Suci Di Antara Hamba-hamba-Nya" (Surah an-Najm).

Kredit : Kembara Sufi.

Sumber: Facebook Ustaz Amidi Syeikh Muhd Zainul Asri

Happy 11th Anniversary

Assalamualaikum

6hb March 2011 hari pernikahan Aini & hubby

Pada 6 Mac 2022 (Ahad) masa tu Aini tak teringat langsung anniversary kami
sebab masa tu tengah sibuk buat kerja rumah sampai ke petang.

Dah settle hubby ajak keluar nak beli basikal Aisyah
Sian tengok Aisyah asyik duk main basikal sepupu dia je

Aini pi kedai Fateh di Saujana Utama
Macam2 dia jual.. bukan basikal je.. kereta mainan budak,
lori mainan, scooter, motor ala vespa utk dewasa.

Aisyah sampai dia nampak lori mainan.. kata nak tu..
Dia tarik tangan abahnya tunjuk nak kereta mainan modal Mercedez plak tu..
Hubby mampu ketawa je..

Pastu bawa dia pi kat basikal so dia berkenan yang ni..
Warna dia cantik and soft..
Bukan sebab ada gambar Frozen.. 
Aisyah tak pernah tengok cerita Frozen pun.. tak layan dia
Kalau cerita Dinosaur, Spiderman dia layan la..haha


Dah pandai kayuh dah dia.. Pernah terjatuh sebab corner laju sangat..
Lebam peha dia tapi tak nangis..hehe

12 Mac 2011 - Bersanding di Batu Gajah , Perak
Arwah atuk minta bersanding di rumahnya.
Aini and hubby ikut je.. 
.
.
Al-Fatihah buat Atuk Aini
.
.
Malam tu tengah tengok TV dengan hubby
Aini tiba-tiba tepuk dahi..
Hubby tengok pelik
Aini sengih.. hari ni anniversary kita ya..?
Hubby sengih jawab selamba aah sambil tengok phone dia

Hubby Aini ni klau hari special dia diam je..
Tunggu kita yang wish dulu..
Saje nak tengok reaction Aini sama ada ingat ke tak la tu..Hehe


With Love,
Aini

Labels

Followers