Pages

Bloglist Giveaway by Nurin Irsalina

 


Aini lewat 3 hari join GA Nurin..
Ntah kenapa aini tengok deadline dia 14 Mac 2022
Hati kecewa kejap tapi bila tengok balik rupanya 14 April 2022..Hahahaha

Ok, sape nak join boleh klik banner di atas ya..

All the best to you guys..

With Love,
Aini

P/s: tiba2 rasa nak tukar theme blog lagi.. macam simple sangat je.. ke ok je..haha

2nd Interview - Graphic Designer

Assalamualaikum..

Awal bulan Mac Aini dapat 1st interview sebagai Graphic Designer. 


Sejak Aini graduate Graphic Design di kolej swasta pada tahun 2006
Aini tak pernah bekerja sebagai graphic designer sebab pada zaman awal 2006 ke atas agak sukar nak dapat kerja macam tu.
Nak apply pada zaman tu pun banyak company nak lebih pada ingin pengalaman.
Masa tu Aini baru graduate so pengalaman kerja memang takde maka susah company nak terima Aini. 
Dan sebab itu juga la Aini banyak pengalaman dalam pentadbiran dan kewangan.

Sebelum Aini dapat interview tu Aini saje cuba apply.
Iklan tu menyatakan tak perlu pengalaman. 
Sekadar ada ilmu pengetahuan dan serba tahu pasal social media pun cukup bagi mereka.
Kira Aini cuba nasib lah.

Khamis lepas Aini dapat whatsapp dari staff ni..
Katanya minta datang untuk 2nd interview sebab CEO nak tengok port folio..
2nd interview ni kira pagi tadi la.

Aini sampai tak nampak calon yang lain.
Mungkin Aini orang pertama untuk 2nd intervew.
Dah tengok artwork Aini, CEO ni cakap la job scope dia.
Apa yang Aini faham ia lebih pada membuat iklan cara video and photography.
Paper work dorang tak guna sangat sebab ikut trend teknologi sekarang la IG, Tiktok, Facebook..

Result Aini akan tahu dalam minggu ni juga.
Actually I'm way back behind for this position sebab lebih pada kerja digital.
Mungkin ada lebih hebat daripada Aini.
Tapi takpe kalau Aini ada rezeki ada la..
Kalau takde, mungkin rezeki Aini ada di tempat lain yang lebih baik.

With Love,
Aini



Happy Birthday Zulaika

3hb Mac 2022 hari lahir anak buah Aini yang ke 4 tahun.
Aini pun saje ambik cuti nak surprise kat dia.
Sempat la beli hadiah, belon (takleh dia sorang je..kene beli untuk abangnya dan Aisyah juga..hehe)
Cake comel je warna pink.

Jom tengok gambar


Aisyah pejam mata lak..



Selepas makan-makan.. Dorang mandi pula..


With Love,
Aini






Dapat anak buah baru

 Assalamualaikum..

10 Mac 2022, Jam 1047pagi anak buah Aini yang ke-3 selamat dilahirkan.
Berat 3.3kg.. MasyaAllah comel sangat.. pipi bumbum sgt..

Nama baby boy ni Yunus Mateen Bin Ibrahim


Yunus memang nak ikut macam abangnya Yusuf Idlan lahir ikut due date..
Adik kata, Doc akan bagi induce kalau baby tak keluar pada due date tapi Alhamdulillah semasa adik dalam perjalanan ke Hospital Salam, tiba je sana nurse check bukaan dah 3cm.

Adik kata yang ni contraction tak sakit sangat macam abang dan kakak nya..
Syukur semuanya dipermudahkan dan juga diatas doa-doa kawan blogger,
family dan kawan-kawan untuk adik Aini.

Yusuf dan Zulaika bermalam la di rumah Opahnya sebab ibu ayah dorang duk hospital satu malam
Memang riuhlah rumah..Aisyah suka la ada kawan..hehe
Masa tu pula Aini masih Mc hari ke-2 tapi dah beransur baik skit..
Sempat la bawak dorang pi kedai mainan dan lunch di Secret Recipe.
Selepas tu balik rumah solat zohor, then jam 3ptg pergi The Store Sg.Buloh bawak dorang main kereta
Amboi kemain dorang punya la seronok..
Aini dalam keadaan baru nak baik ni gagah juga la layan kerenah dorang..Haha

Lunch @ Secret Recipe

Zulaika takut naik sorang so naik berdua jelah.. Abg Yusuf takut..hehe
Aisyah pandai drive padahal mamanya yang guna remote..hehe

Naik big truck..main beramai pula

Nak naik small truck pula..Sempit skit tapi nak naik bertiga juga..hehe

Mula2 dorang naik ni.. sorang2 turun sebab takuty
So benda ni duk main lagi..jadi opahlah naik haha..


Baru dapat tengok baby.

Perbualan Zulaika dan ibunya..

Zulaika: Ibu, baby boy dah keluar.. baby girl bila plak?
Ibu: (Krikkk..krikkk...)


With Love,
Aini



Birthday Giveaway by Eksplorasilea

Mood join giveaway lagi..hehe
Meh join sama-sama

 


Syarat Penyertaan Giveaway Blog March 2022 ialah: 

1- Follow blog (dimana saya adalah salah seorang penulisnya) : Airis Bucket 
2- Tinggalkan SATU komen di mana-mana artikel yang anda rasakan menarik di Airis Bucket
3- Pos satu artikel berserta banner Giveaway by Eksplorasilea dan linkkan ke pos ini.
4- Optional : Subscribe youtube channel ELBYLEA (terima kasih pada yang sudi...)


Deadline: 31 Mac 2022


💗Happy Birthday Lea💗


With Love,
Aini


Inhaler - Hampir setiap 2 jam perlu guna

Ventolin inhaler

Kali ni awak kene sentiasa ada dengan Aini
Sebelum ni selalu duduk dalam bag je
Tapi kali ni hampir setiap 2 jam kene pakai
Cuaca sekarang tak menentu.. Kerap batuk dan berkahak..


From Mr. Google

Di rumah ada Nubelizer
Memang dah ada sejak Aini umur 7 tahun hingga sekarang masih elok lagi mesin tu.
Setiap kali serang asthma sehingga sesak nafas jadi ketat 
Aini akan guna nubelizer ni.
Kalau masih tak hilang dalam tempoh 6 jam, Aini akan ke clinic atau hospital.

Last pergi hospital tahun 2015
Kene tahan dalam emergency room 4 jam..
Sian suami tunggu lama kat luar sorang2.

Bagi yang menghidap penyakit Asthma
Aini doakan semoga cepat sembuh
Cuaca sekarang tak menentu, kejap panas kejap sejuk
Panas sangat tak boleh, sejuk sangat pun tak boleh.

Ada kene serang Asthma masa kecil dan bila dah dewasa akan hilang terus
Aini pun dah lama tak kene teruk macam ni
Malam je semput..huhu

Hari ni masih bekerja..Kalau tak larat Aini balik ler..

Take care you all..

With Love,
Aini





 

Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan

 


Mamapipie buat giveaway..
Kene tag dengan Ammi..Thank you tag Aini..Kadang-kadang Aini terlepas juga giveaway ni..
Suka nak join giveaway mana tau rezeki Aini dapat kan..
Kalau tak dapat boleh cuba lagi dan lagi..hehe

Ok nak join giveaway ni simple je..
Just follow apa yang diminta.

Salah satu post Jomjalan yang Aini suka adalah
Kenapa hotel di Langkawi tak hotel negeri lain
Sebab Aini dan hubby suka sangat pi tempat2 pantai..
Dan juga suka tinggal di hotel yang lebih selesa.
Murah pun takpe janji selesa dan bersih..tak gitu..

3 orang Aini akan tag adalah

Giveaway ni dari 3 Mac - 3 April 2022
Good Luck you all..

With Love,
Aini


Lunch di Hardcvr Cafe di Puncak Alam

 Lunch untuk hari ni setelah 2 hari bercuti.
Ajak member lama makan di Hardcvr Cafe Puncak Alam
Member lama pun kerja area Puncak Alam, dia bawak anak bongsu sekali sebab cuti sekolah kan. 
Dah seminggu rupanya anak dia ikut pi kerja. Katanya kalau duk rumah merayap pi memancing..hehe

Ni menu untuk lunch Aini.
Aini snap untuk diri Aini je.. hehe

Jasmin hot tea

Salmon My Pasta

Counter

Kitchen and bakery area (Left)

Dessert anyone?

Air kosong and Sanitizer (Wangi bau dia..bau Lavender)



With Love,
Aini


Perangai dan Usia 40 Tahun



Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.

Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you 😊

Sumber: Jom Dakwah

 

Salam Israk & Mikraj

 




Labels

Followers