Pinggul mama retak
Wordless Wednesday
Baru join Apps Threads
| Threads |
Assalamualaikum,
Belajar buat crochet
Trying a new hobby untuk membuat crochet.
ni pun belajar dri mama Aini..
bila tengok online ada a bit confuse so tanya lah mama.
Mama Aini tunjuk rupanya cara dia lebih mudah dan faham.
So kene practice lagi dan lagi..
Tangan kite plak jenis cepat kebas so xpe la buat jelah slow2..
Ada sapa2 pandai buat crochet tak..?
Aini lebih kepada knitting dan jahit cross stitch..Lama plak tak buat..
Minggu UPSA Noor Aisyah
Minggu ni adalah minggu Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA).
Semoga Noor Aisyah dan juga murid darjah 1 hingga 6 dapat menjawab soalan dengan tenang.
Macam biasa, selepas Aisyah balik dari sekolah petang, dia akan dinner awal.
Mengaji dengan opahnya jam 8pm, selepas tu baru la buat revise subject yang akan keluar esoknya.
Harap kali ni, Aisyah boleh jawab dengan baik daripada bulan lepas.
Bila baca soalan paper bulan lepas, dia boleh jawab tp ada silapnya dia salah tanda jawapan..
Takpelah, you have tried your best and mama Aisyah tahu yang Aisyah boleh jawab dengan baik, InsyaAllah.

Khatam Al-Quran - Alhamdulillah
.png)
Aisyah dapat hadiah dari SPBT
Dari 5 pelajar ini, Aisyah salah seorang pelajar dapat hadiah keychain dari unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kerana buku teksnya dijaga dgn baik dan dibalut dgn kemas.
Aini memang dari dulu lagi suka membalut buku² dan juga hadiah tak kira apa saiz pun..

Pertama kali ke Aquaria bersama Aisyah
Hari Sabtu kerja full day.
![]() |
| Tea 3 layer ni sodap |
Petua untuk JANTUNG
Aini jumpa petua jantung ni dan nak share untuk readers juga supaya boleh ikut petua ni untuk dapat jantung yang sihat. Jom kita buat sama²..
![]() |
| Sumber telegram Koleksi resipi mudah untuknyang tersayang. |
Petua untuk JANTUNG
Guna BAWANG PUTIH
Bahannya :
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu
Caranya :
3 ulas bawang putih di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan
1 sdb Madu.
Kemam perlahan-lahan campuran bawang putih dan madu tadi.
*Seeloknya ambil masa perut kosong. InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada badan.
Sebenarnya petua dan resepi ni bukan hanya untuk jantung je tau, tapi berguna untuk lain-lain masalah juga antanya 👇:
1. cegah lebihan lemak pada dinding jantung.
2. cegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat
3. Turunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
4. Rawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal
5. Rawat masalah cirit birit
6. Buang toksik dalam badan
7. Tambahkan daya ketahanan badan
8. Turunkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis
9. Cegah penyakit kanser
10. Kurangkan sakit arthritis
11. Turunkan berat badan
Lagi satu, kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ni.
Salam Jumaat - Kehidupan
Salam Jumaat.
Aini nak share tentang kehidupan bersama HP (Hand phone). Jom baca..
KEHIDUPAN
Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar Biasa di ABAD ini...???
LETRIK...?
PESAWAT...?
KENDERAAN...?
TELEVISYEN...?
KOMPUTER...?
SALAH BESAR, Ternyata BUKAN...!

Penemuan yang paling hebat di Abad ini adalah *HANDPHONE*...
Mengapa...???
Inilah JAWABNYA.
*HP* Melenyapkan telefon awam.
*HP* Melenyapkan telefon rumah.
*HP* Melenyapkan Kafe internet.
*HP* Melenyapkan Televisyen.
*HP* Melenyapkan Radio.
*HP* Melenyapkan Tape Recorder.
*HP* Melenyapkan Kamera.
*HP* Melenyapkan Game.
*HP* Melenyapkan Surat khabar.
*HP* Melenyapkan Kalender.
*HP* Melenyapkan Kad ATM.
*HP* Melenyapkan Dompet.
*HP* akan melenyapkan apa lagi di masa akan datang...???
*😭 HP* boleh melenyapkan *MATA* anda.
*😭 HP* boleh melenyapkan *TULANG LEHER* anda.
*😭 HP* boleh melenyapkan *KESIHATAN* anda.
*😭 HP* boleh melenyapkan *PERKAHWINAN* anda.
*😭 HP* boleh melenyapkan *KASIH SAYANG KELUARGA* anda.
*😭 HP* boleh melenyapkan *GENERASI PENERUS* anda.
*😭 HP* boleh melenyapkan *WAKTU BERHARGA* anda.
*😭 HP* boleh melenyapkan masa depan *ANAK-ANAK* anda.
😭 HP boleh memutus tali *persaudaraan anda.*
😭HP melenyapkan *ADAB dan ETIKA* terhadap orang tua dan sanak saudara.
*😭HP* melenyapkan *anak kita* tidak peduli dan rasa bodoh akan tanggung jawab terhadap orang tua.
*😭😭😭 BAHKAN* *HP* bisa melenyapkan *IMAN* kita!
‼️Mari kita ingatkan diri kita, anak² dan keluarga kita agar boleh bersikap BIJAK dalam penggunaan *HP*.
Memberi manfaat dan agar *HP* tidak melalaikan diri kita...!!!
*👍🏽👍🏼👍 Silakan share kalau rasa bermanfaat bagi anda dan orang lain...*
*MENYINDIR DIRI SENDIRI*
Tidak tua
Tidak muda
Tidak laki-laki
Tidak perempuan
Kalau sudah taruh HP
Ditinggal sebentar dilihat lagi,
Ditutup sebentar dibuka lagi...
Semua sayang sangat sama yang namanya HP,
Berpergian ngantongi HP,
Kumpul-kumpul sama teman bawa beg isinya HP,
Sehari HP boleh keluar masuk dari tas atau saku kemeja lebih dari lima puluh kali.
Habis mandi lihat HP
Habis nyapu lihat HP
Habis masak lihat HP
Habis nyuci lihat HP
Habis makan lihat HP
Habis kedatangan tamu lihat HP
Habis bangun tidur lihat HP
Tengah malam terjaga lihat HP.
Pokoknya, asal habis apa saja yang dilihat HP...
Karena setianya sama HP, kredit tinggal sedikit cepat-cepat dibelikan...
Low battery satu strip, bingung cari suis letrik,
Signalnya lemah bingung cari tempat,
Apa lagi kalau pas low battery, letrik mati lagi, HP yang diumpat...
Dipanggil suami / isteri pura2 tidak dengar,
HPnya bunyi langsung lari mencari di mana HP ditaruhnya tadi.
Pokoknya, kalau sudah selesai acara apa saja, yang dicari HP...
Kalau perempuan, namanya Oppo Binti Samsung.
Kalau laki-laki, namanya Sony Bin Huawei..
Smoga saya tidak ketularan seperti itu.
Yang merasa seperti itu jangan senyum-senyum sendiri...
Nanti suami/isteri kita tidak paham dengan sikap kita...
YA ALLAH, ampuni dosa2 kita yang mempunyai HP ini, YA ALLAH...
Karena saya :
1. Lebih banyak BELI KREDIT daripada SEDEKAH...
2. Lebih banyak baca SMS/WA/FB/BB daripada baca KITAB SUCI AL QURAN
3. Lebih sering update status daripada berdoa...
4. Lebih sering buka BLUETOOTH daripada BERLUTUT bersyukur...
5. Sering TELEfON tapi jarang MENGUNJUNGI...
6. Isi kredit RM10 tidak puas, tapi isi KOTAK AMAL RM10 aja merasa banyak sangat...
Ya ALLAH, semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang punya HP ini...
Dan smoga teman-teman kita yang seperti kita juga ALLAH AMPUNI dosa-dosanya...
Aamiin Ya Rabb!
Edisi bukan nyindir, tapi mengingatkan diri ku sendiri...
Terima kasih dan mohon maaf bila ada yang tersinggung...
Saya juga sama tersinggung, hanya untuk renungan
lembut tapi nyata.
❤️❤️❤️🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Smoga kita semua dapat memanfaatkan penggunaan HP tanpa mengabaikan tanggung jawab kita sebagai hamba Allah SWT.
Happy Birthday Aisyah
Sekolah pagi Aisyah rehat.. Petang Aisyah nak sekolah
Aisyah makan mmg banyak la cumanya rempah yang digoreng tu agak pedas skit..
Aisyah mmg kuat pedas tapi bila dia makan tu skit2 minum air.
Dah 3 botol air kosong dia minum.. memang asyik jumpa Mr.Tan jelah (tandas)..haha
So pagi tadi Aini kejut dia nak pi sekolah Kafa, dia bangun je terus nak buang air besar..
10min duk dalam tu x gerak2.. rupanya dia sakit perut.
Selamat Ulang tahun yang ke 87 Opah
Ahad baru ni, kami sambut hari kelahiran opah di rumah uncle Aini.
Pada jam 1130am, doa selamat bermula bersama orang2 masjid dan saudara mara yang turut hadir pada hari tersebut.
Dah lama kami semua tak berkumpul macam ni.. kalau tak selalu setiap 2 bulan kami akan berkumpul macam ni.
Tetapi masing2 ada urusan sendiri dan pada hari Ahad tu lah mostly semua yang free.
Orang yang pertama sampai adalah keluarga Aini la, yg jauh dari Puncak nak ke Subang.
Orang yang duk Subang datang lambat skit..biasalah klau rumah dekat susah nak datang on time..Haha
Aunty2 semua bukan main siap letak crown & sash untuk opah.
![]() |
Wedding anak arwah abg ipar
Assalamualaikum,
Ahad baru ni anak kepada arwah abang ipar Aini kawin.
Anak sulung dia Sarah. Muka sebiji macam maknya. Adik dia pula lelaki muka sebiji macam arwah ayahnya.
Wedding tu jatuh pada hari Ahad. Majlisnya di waktu malam.
Kalau diikutkan Aini ingat nak duk rumah sebab anak sekolah esok pagi tu tapi sebab anak buah sendiri kita pi la kejap..
Majlis sepatutnya start kul 8pm tapi 8.45pm start, Aini pun xtau apa masalahnya sebab nampak pengantin perempuan duk lama tunggu pengantin lelaki di entrance hall.
Dewan tu agak kecil dan dekat dengan jalan besar, mungkin sebab kereta banyak kot tu lambat sampai.
Semua dah habis makan pastu renjis2, later that bergambar dengan pengantin bersama keluarga hubby.
Perginya kakak iparku
Tahun lepas, perginya seorang abang ipar (anak sulung) meninggal di usia yg muda..
Minggu lepas pula, kakak ipar Aini (anak no.3) kini telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas jam 11pagi.
Aini dapat msg daripada mother in law (MIL), dia bagi tahu yang KakZeera dah takde.
Masa tu Aini di rumah, baru balik ambik anak sekolah Kafa.
Aini call hubby, dia tak jawab. Mungkin dia tengah on call ataupun di site visit.
Sekali hubby call yang dia dapat call daripada kakak no.2. Pada masa tu dia ada di Melaka.
Hubby balik naik kereta jabatan with high speed untuk balik ke ofis dia dan terus ke Ampang untuk berjumpa dengan arwah.

Raya bersama mentua di Tronoh, Perak

.png)
Raya, raya biskut raya..
Dah start buat biskut raya ke..?
Aini blum buat lagi dan tak decide lagi nak buat biskut raya apa..hehe
Maybe biksut tunjuk la kot.. klau nak buat sendiri maybe 2 jenis biskut raya je..
Sebabnya base on experience last year, hubby Aini slalu dapat hadiah, hamper biskut2 raya..
Bukan 2 balang.. kadang2 sampai 3 atau 4 balang..
Dalam 1 minggu tu leh dpt 3 jenis biskut raya..
Kalau 4 minggu..? haaa banyak kann.? hehe
Memang tak terhabis dibuatnya sampai rasa jemu plak nak habiskan semua..
Dah habis bulan syawal pun biskut raya masih duk ada lagi.
Aini dah lama tak buat open house sebab Aini ni jenis cepat penat (ada Asthma)
Mama Aini pun lagi la penat sbb dah 70s kan, berdiri lama pun dah sakit
Plan nak buat biskut raya yg simple dan cepat..
Dulu rajin buat Almond London, siap jual lagi tapi agak renyah juga nak buat tu..
Tambah lagi kacang Almond dan bahan2 lain semua dh naik harga.
Nak dapat untung modal pun x berapa la sangat so Aini stop la jual..
Cuma sekarang lebih focus on cake yang Aini buat sekarang ni la...
Owh by the way, kalau ada nak order cake boleh roger Aini.
Nak pos boleh...Deliver pun boleh (Aini guna Lalamove, klau jauh mahal la)
Kalau pos ok lagi..


Aisyah dah masuk Darjah 1



















