Pages

Wedding anak arwah abg ipar

 Assalamualaikum,

Ahad baru ni anak kepada arwah abang ipar Aini kawin. 

Anak sulung dia Sarah. Muka sebiji macam maknya. Adik dia pula lelaki muka sebiji macam arwah ayahnya.

Wedding tu jatuh pada hari Ahad. Majlisnya di waktu malam.

Kalau diikutkan Aini ingat nak duk rumah sebab anak sekolah esok pagi tu tapi sebab anak buah sendiri kita pi la kejap.. 

Majlis sepatutnya start kul 8pm tapi 8.45pm start, Aini pun xtau apa masalahnya sebab nampak pengantin perempuan duk lama tunggu pengantin lelaki di entrance hall.

Dewan tu agak kecil dan dekat dengan jalan besar, mungkin sebab kereta banyak kot tu lambat sampai.

Semua dah habis makan pastu renjis2, later that bergambar dengan pengantin bersama keluarga hubby.




Semua serba putih. Tema baju putih & Hitam.

Pelamin. Aini rasa yg bumbung kalau xde baru ok sebab sempit nak bergambar

Aisyah kata dia nak pakai tudung, nak tutup aurat..
Awww my pipipau...💖

Tangkap gambar dari jauh.. 
Sesak semua sudut nak tengok pengantin dekat2..hehe

Aini terpaksa berhimpit di belakang..huhu
Aisyah dah ngantuk tu xde mood nak senyum..

Til then, ada story lagi nanti Aini share ya..

Esok dah cuti sekolah..leh ler Aisyah bangun lambat..hehehe

With Love,
Aini

Perginya kakak iparku

Assalamualaikum,

Tahun lepas, perginya seorang abang ipar (anak sulung) meninggal di usia yg muda..
Minggu lepas pula, kakak ipar Aini (anak no.3) kini telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas jam 11pagi.

Aini dapat msg daripada mother in law (MIL), dia bagi tahu yang KakZeera dah takde.
Masa tu Aini di rumah, baru balik ambik anak sekolah Kafa.

Aini call hubby, dia tak jawab. Mungkin dia tengah on call ataupun di site visit.
Sekali hubby call yang dia dapat call daripada kakak no.2. Pada masa tu dia ada di Melaka. 
Bos ajak dia pi site sana.

Hubby balik naik kereta jabatan with high speed untuk balik ke ofis dia dan terus ke Ampang untuk berjumpa dengan arwah. 

Daripada 2 jam sampai jadi 1jam30min dia sampai shah alam.
Mujur pada masa tu kawan dia ada sekali. Bos tak bagi dia balik seorang.

Arwah meninggal dalam keadaan dia sedang tidur di rumahnya.
Selepas dia makan, pastu makan ubat dia kata kat anak dia nak tidur.
Anak perempuan arwah baru habis SPM..sementara tunggu dapat masuk Uni mana2 dia jaga mama dia.
Anak dia nak kejut untuk bagi arwah lunch tapi tak bangun.
Dia pegang tangan mama dia sejuk je dan tak bergerak.
Pada masa tu, suami arwah xde di rumah. Dia kat sekolah nak ambik 2 orang anak lelaki.

Selepas doktor disahkan yang arwah dah takde, doktor siap cakap sungguh ajaib..
Kalau diikutkan, arwah boleh bertahan dlm 3 bulan pada hujung thn lepas selepas segala ubat dan kimo takleh terima dalam badan dia tapi arwah boleh bertahan  selama 6 bulan. 

Doktor bagi morfin lebih dose untuk bagi dia tidak sakit akibat cancer yang sedang merebak ke seluruh badan. Setiap kali makan, arwah akan lebih banyak tidur. bila tidur, kesan sakit tu dia tak rasa.

Hubby bagi tahu, semasa arwah dimandikan, tubuh badan dia sangat lembut seperti sedang tidur..
badan tak keras.. dan arwah sangat bersih semasa dimandikan. Syukur Alhamdulillah.

Arwah dikebumikan di Ampang jam 6.45pm.
Ramai yang hadir di tempat perkuburan.
Ramai sayangkan dia.

Semoga KakZeera tenang di sana.
Hilang segala sakit2 di tubuh badan KakZeera.
InsyaAllah Aini akan jaga dan tengok anak2 KakZeera yang masih bersekolah. 
KakZeera jangan risau ya.

Al-Fatihah..

Labels

Followers