Pages

Hurix ubat sakit gigi

 Assalamualaikum, 

Lately ni Aini sakit gigi, punca sbb gigi berlubang.. kite ni takut nak pi dentist..
Bukan apa, sebab tak tahan dengan rasa ngilu tu huhu..
Aini hampir makan ubat pain killer.. 

Pastu ada 1 time sakit gigi sgt, nak bite apa2 susah..
Hubby belikan Hurix ubat sakit gigi..
Sebelum Aini tido, Aini pakai la Hurix ubat sakit gigi ni setitik di tempat gigi sakit tu
Alhamdulillah esok paginya, dah x rasa sakit langsung sampai ke petang..
Harap hilang terus la rasa sakit ni..
Dah beberapa hari dah makan bubur nasi ni..hahaha



Pernah pakai ni..? rasa bunga cengkih ni memang kuat tapi worth to buy..
Beli la untuk simpanan stock, expired dia mmg lambat..
Mana la tau tiba2 sakit gigi kan leh la pakai Hurix ni..hehe

Dah cuba Tone Up Mineral Sun Cream??

Assalamualaikum, Aini nak share sun cream ni.. bila pakai mmg best dan sangat sesuai untuk ibu mengandung, menyusukan bayi dan wanita yang TTC.

Jom baca info sedikit pasal Tone Up Mineral Sun Cream ni..



✅
Sesuai untuk ibu mengandung, menyusukan bayi dan wanita yang TTC.
✅Wuduk friendly - bilas dengan air pili.
✅Umrah / haji friendly - tiada fragrance
✅Light weight - sesuai untuk oily skin.
✅Lab tested - bebas logam berat.
✅SPF tested - confirm SPF 50
Pregnancy-Safe SUNSCREEN
MADE WITHOUT:
❌4-Methylbenzylidene camphor (4-mbc).
❌Benzophenone-3 (Oxybenzone).
❌Octyl methoxycinnamate or ethylhexyl methoxycinnamate (Octinoxate).
❌Homomenthyl salicylate (Homosalate).
❌2-ethylhexyl2-cyano-3,3-diphenyl-2-prope noate (Octocrylene).
❌Ethylhexyl salicylate, or 2-ethylhexyl salicylate (Octisalate).
❌Butyl Methoxydibenzoylmethane (Avobenzone).
❌Butyloctyl salicylate (Chemical SPF Booster)
❌Mineral Oil
❌Triethanolamine (TEA)
❌Tetrasodium EDTA
❌Fragrance


Boleh order dengan Aini..
Harga: RM69/pc
Postage: RM9

Agak pricy but it's worth it..
Jangan tak pakai sunscreen sbb jeragat akan naik dengan secara perlahan..
Bila timbulnya jeragat, menangis la kite..

Sape ada masalah jeragat boleh hello Aini..
There's a set of skincare for pigmentation problems..

Hello me:


With Love,
Aini


Sambut Birthday Aisyah di taska

  Assalamualaim,


15 July 2024 (Isnin), Birthday Aisyah yang ke 6 tahun. She was so excited nak celebrate birthday dengan kawan sekolah dia. Tapi sambut with July babies..so meriah banyak lah.. 

Macam biasa Aisyah nak kek gambar pony, asalnya nak buat custom cake tapi mahai la plak.. So Aini pi kedai kek yang readymade.. Aisyah pun dah pilih nak yg tu so ok lah.. Size 7 inch Rm49..

Sehari sebelum Birthday Aisyah, Aini bungkus goodies untuk kanak2 di Taska Aisyah.

Cantik packaging dia leh sumbat macam2.. Goodies beli kt shopee je sebab murah beli banyak.











Alhamdulillah, all went well.. Aisyah happy.. kids happy.. Mama abah dia pun happy..

With Love,
Aini





Alhamdulillah I got the job..

Assalamulaiakum.. Salam Jumaat..

Setelah hampir 2 bulan mencari kerja tetap, dengan izinNya Aini dapat offer. Alhamdulillah tempat kerja baru dekat dengan rumah Aini.. Klau drive pun tak sampai 5 minit dah sampai..

Office shop lot tingkat atas. Area sana senang la nak cari makan untuk lunch or supper.. Haha pompuan klau bab makan No.1 ya.. 

Rasa bersyukur sangat.
Masa 1st interview dengan orang HR..
2nd interview dengan CEO ( Laki bini) tapi buat online sebab dorang tak dapat datang ofis..
Masa tu CEO kata tunggu 2 hari dorang call klau dapat.

2 minggu berlalu xde apa2 berita dari dorang so Aini assume dah hire orang lain sbb ms 2nd interview tu nampak ada calon lain datang. So Aini anggap xde rezeki la..

Semalam, dapat wasap minta datang jumpa CEO for 3rd time..kali ni CEO nak jumpa face to face.
Borak2 masa jumpa tu kira mcm 2nd interview gak, skali dia kata bila boleh start?

Aini bleh plak tanya dia, saya dapat job ke ni..? Haha
Dia jawab, yelah klau dah 3rd interview ni kira InsyaAllah dapat la..pastu dia ketawa..
Tanya lagi bila boleh start.. Hati berbunga2.. Alhamdulillah syukur sangat.


Terima kasih pada Allah S.W.T
Terima kasih kepada hubby, anak dan kedua ibu bapa
Terima kasih pada kawan blogger yang mendoakan Aini..


With Love,
Aini


 

Perginya Abang Sulung Suami


Assalamualaikum,

Awl minggu lepas, kami dapat tahu yang abang sulung hubby masuk hospital kerajaan di Ampang.
Dia sesak nafas dan ada juga masalah buah pinggang.

29hb Sabtu jam 4pagi, dapat panggilan daripada mother in law (MIL)
MIL call hubby tapi dia tak dengar so dia call fon Aini. 
Aini suka pasang kuat sebab incase ada apa2 kan..

MIL bagi tahu yang brother in law (BIL) dh tak sedar diri di hospital.
Doc tengah buat CPR.. Hubby dan Aini rasa tak sedap hati.
Jam 5pagi, MIL call dan bagi tahu yang BIL dah takde..
MIL duk Tronoh, Perak masa tu, baru plan nak datang later tapi tak sempat nak jumpa anak dia.

Mostly semua adik beradik ada di hospital nak uruskan apa yg patut.
Hubby nak ambik maknya tapi ambik di separuh jalan.
MIL ada panggil Grab, katanya nk naik tren tp tiket takde
Dengan baik hatinya orang Grab ni kata, dia sanggup hantar MIL ke KTM Tanjung Malim
untuk bagi hubby Aini senang nak ambik maknya 
Klau nak drive ke Tronoh pegi balik pun dah 5 jam..
Bayaran pada org grab ni dia kata ikut la brape MIL nak bayar. 
Semoga murah rezeki orang Grab ni.

Kami bergerak dari rumah jam 7pg,
Sampai KTM Tanjung Malim kul 8.30pg, ngam2 MIL pun baru sampai gak di sana..
Hubby bayar lagi pada org grab ni sbb sanggup hantar ke sana.
Klau ikut kiraan betul mau beratus2 juga..

Kami tiba di Masjid Selayang pada jam 1030am
Kalau kami ambik mak di Tronoh mau sampai ke kul 12 lbh..
Sampai je Masjid dorang mandikan jenazah di masjid
Solat jenazah
Dah selesai, jenazah dikebumikan di Kubur Bandar Baru Selayang.

It was shock and sad..
Umur baru 45 tahun
Kalau diikutkan masih muda lagi
Tapi Allah lebih sayangkan dia.

Selepas selesai dikebumikan arwah BIL,
kami ke kubur arwah baba (Father in Law)
agak jauh skit nak jalan.

Sekali Aini pandang awan, nampak makin mendung
Pandang depan Aini lebih kurang 2km jauh tu dah nampak mcm hujan lebat
Tak sampai 10min hujan lebat datang, xde renyai ke apa
Kelam kabut la kami nak balik ke kereta.

Aisyah hubby dukung dan Aini payungkan dorang
Aini basah lantak la janji Aisyah dan hubby x demam..
End up semalam Aini demam dan semput
Telan air liur pun rasa perit je


Aisyah dapat kawan baru, duk belek tabung masjid.
Yang baby sado tu anak pada adik ipar yang bongsu

Tinggal la 5 adik beradik hubby Aini tu..
Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah


 

Labels

Followers