Pages

Rindu kerja ofis

Rindu kerja ofis ni.. rindu nak menaip guna computer..rindu dengan suasana quiet, with good friends working together in the office. Mana taknya lebih 10tahun keje ofis kan, tiba2 keje skrg macam x sentuh langsung computer. 

Skrg keje pegang fon je.. freelnce sales admin. i hate most being a sales person but nak cari rezeki xpe lah just for a while. 

Sebenarnya rimas juga buat keje guna fon je.. kadang2 pernah kene sakit kepala yang amat sangat sampai tak usik fon lebih sejam.

Bila dah ok tengok berduyun2 msg customer masuk.. Dah stress balik..haha

Kite lah layan customer order, kite la stock barang, pos barang, consult masalah kulit muka customer, layan kerenah customer yang kurang ajar, agen yang cerewet..macam2 lah.

Ingat layan face to face je macam tu, rupanya dalam fon pun macam tu.. Stress tul..

Keje freelance ni plak xde black and white.. masuk atas angin je..

Gaji tetap xde, harapkan gaji sales.. dapat pun lambat.. haihh.. apa la nasib Aini dapat majikan macam ni..

Susah betul nak dapat majikan yang betul2 ambik berat pada staff dia..

Ni nak kaut untung je.. dah la staff  Aini sorang je. Pernah la tanya bos bila nak hire staff baru.. dia kata nanti..nanti.. sejak sebelum raya Aidilfitri.. Bos ada pos iklan cari staff bulan 4 hari tu tapi sampai sekarang tak panggil2.

Mentang2 nampak kita keje bagai nak rak, penat lelah dia buat donno je lah, janji barang dia terjual..

Aini pi ofis utk ambik nk pos barang, ambik barang and wrap and pos but at the same time kite jadi macam cleaner plak.. yang paling tak best kat dapur dgn kuali x basuh, cawan berlonggok dlm singki sampai naik bau basi air dia, tong sampah sampai berulat.. 

Bos Aini perempuan, umur 50plus tp tak macam mama Aini yang seorang pembersih. 

Takat 2 cawan tolong la basuh.. kite keje freelance tak masuk ofis setiap hari, klau 2 hari tak masuk ofis 2 hari la cawan tu duk dlm singki sampai berbau. Bos Aini tu almost every day datang ptg sampai ke malam.. Kadang2 dia tdo situ.. 

Hampir 7 bulan keje dengan dia, makin menjadi2.. baru la nampak dia ni macam mana.. Aini tanya ex staff sebelum Aini keje dia kata dia mmg camtu.. sebab tu dia berhenti.. La ni Aini plak kene.. 

Bisnes dh established 10 years tapi masih xde rights for the staff.. mcm zero knowledge on HR. Nak kaut untung duit banyak masuk je. 

Aini dah nekad cari proper job, sementara belum dapat proper job ni layan la keje sekarang.. Nak berhenti boleh tapi ada sebab Aini terus untuk bekerja.. Its all bout family..



Best gak dalam bilik ofis macam ni kan..? 
Berangan dulu..hehe


With a broken heart,
Aini

TEST KEWARASAN OTAK

 *TEST KEWARASAN OTAK* 🤔


1. Jawab dengan spontan (MESTI CEPAT),

tak boleh fikir lama-lama

2. Baca satu demi satu, JANGAN SKIP!

3. Fokus


Permainan fokus warna:


1. kertas A4 warnanya apa?

2. awan warnanya apa?

3. tisu warnanya apa?

4. lembu minum apa?


Yang menjawab susu, fokus anda terganggu.

Sebab lembu minum air.


1. rambut anda warna apa?

2. bulu mata warnanya apa?

3. jalan tar warnanya apa?

4. kelawar tidur waktu bila?


Yang menjawab malam, maknanya fikiran anda

tergganggu. Sebab kelawar tidur di siang hari.


1. Cendol warnanya apa?

2. daun kelapa warnanya apa?

3. warna umum rumput?

4. zirafah makan apa?


Yang jawab rumput, maknanya emosi anda sedang bercelaru. Zirafah kan makan daun.


Haaa..!! Kalau banyak jawapan anda yang salah, anda dalam keadaan stress. 


Pergilah bercuti 

..💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️

Kerja freelance pun boleh stress

Trying to be active and update my blog. Rindu nak type.
2 minggu ni Aini tak berapa sihat.. On and off demam, flu, letih dan sebagainya.. test coivd mmg xde.
Maybe just my antibody tak berapa kuat kot, dgn cuaca, semput lelah bagai. 
Umur pun dah 39.. ada Asthma ni kadang2 semua keje susah nak buat.
Sejak mama Aini duk rumah adik hampir sebulan, 
sebab suami dia pi Abu Dhabi ada kursus di sana for 7 weeks. 
Dapur di rumah Aini tak berapa nak berasap sangat.
Nak masak pun kene tengok mood.
Tidur pun dah awal sikit berbanding sebelum ni.

Sejak keje freelance ni, lagi bertambah letih sebab ambik order dari customer.
Sekali sekala pi ofis ambik barang untuk pos..


Image from Mr.google

Sekali sekala kemas ofis.. Bos beli rumah apartment untuk dijadikan pejabat dia.
Tapi ada something yang Aini tak berkenan.. nanti la Aini cerita ya..

Kerja Aini as admin sales akan menghadap telefon 8 jam..
Tau tak apa Aini rasa bila hadap phone lama2 ni.. 
Aini jadi stress.. rimas.. rasa nak campak je phone.

Sekarang ni pulak, ada raya haji sale. semua item jual dapat 10%.
Jadi bayangkan ada puluh msg masuk nak layan semua tu.

Masalahnya bukan 1 item...dalam kedai ni jual lebih 100 item.
bayangkan macam mana tu nak layan customer yang nak item itu ini..
dalam satu hari boleh ada 20 customer, minta item byk2 pastu soal byk lagi..
serabut kepala.. 

Kedai tutup pukul 7pm, walaupun Aini ada dirumah tapi phone tetap kene layan before 7pm.
Ada juga pukul 10pm duk wasap Aini tapi Aini tak layan la sbb kedai tutup pukul 7pm kan.
Ok i have to end here, nk pi ofis kejap..
Til then, wait for my next story..
Take care all..


With love,

Aini


Wordless Wednesday : Cake baru Aini


Kek terbaru Neapolitan Marble Cake by Juzabakes.
Ramai duk order kek ni dgn Aini.
Yummy less sweet

Kek ni boleh pos ya..
Harga RM55 excludes postage




With Love,
Aini

 

 

Molly Fantasy untuk Aisyah

Last weekend, plan nak main bowling di Setia city mall..
Sekali sampai tgk table semua on waiting list plak.. malas nk tunggu lama
mau berjam2 tunggu, so end up bagi Aisyah yg seronok main..
kite pun tumpang sekali la..hehe




Seronok Aisyah sebab waktu tu tak ramai budak.. 
memang semua tu dia punya la haha
Mama dia geram gak rasa nak terjun je dalam bola2 tu tapi tak buat puan.. 
letak kaki je dlm bola2 tu pun cukup ler..hehehe

Throwback Raya: Beraya bersama 2 mama

 Assalamualaikum..

Baru hari ni dapat update blog. Tahun ni Aini beraya bersama 2 mama (Mama Aini & my mother in law)..

1st raya Mil sorang² di Tronoh.. Xde sesiapa balik sbb adik beradik suami beraya di belah pasangan masing².. So hubby bagi tau mama Aini yang dia nak balik Tronoh pada 1st raya. Disebabkan adik Aini beraya belah suami dia, mama Aini keseorangan jadi dia nak ikut la Aini balik Tronoh juga.. Aini & hubby ok je.. This is for the very first time my mum beraya with my mil. 

Selepas solat raya, kami makan².. pack dan bergerak ke Tronoh.. jalan di highway agak clear la..hehe

Kami tak bersalam-salaman lagi sebab kami bertiga nak bersalaman di tronoh nanti.

Jam hampir pukul 3ptg sampai Tronoh.. Sebab kami bertolak pun hampir jam 12tgh. Bila sampai je ada wajah senyuman dan gembira di air muka mil Aini. Happy sangat dia bila dapat tahu mama Aini pun ikut sekali..

Mil Aini dh siap masak Nasi tomato bersama ayam masak merah.. cedapnya.. Sebelum settle down semua barang dan dah solat, sebelum makan kami semua bersalam salaman. Aisyah paling seronok dapat beraya bersama opah dan nani dia..



Aisyah salam nani kemudian opahnya

Mula2 aisyah buat lawat, pastu ada ayat abahnya buatkan dia nangis..hehehe
Abahnya suka nyakat aisyah..sian dia tau..

Kami dapat stay 2 malam di Tronoh sebabnya suami kene kerja.. Sekarang ni pun hari Sabtu pun kene kerja buat seketika..huhu.. so nak jalan2 pun agak terhad la..Takpelah demi mencari rezeki yang halal untuk anak bini dia juga kan..

Ok, klau ada cerita dari Aini lagi, Aini akan update blog ya..
Sekarang ni kene ikut masa yang sesuai.. Dah jarang sangat nk on lappy ni.. 
Kalau update dari fon boleh tapi ayat pendek2 la..

tata for now..

With Love, Aini
























 Selepas habis cuti sekolah Aisyah demam sejak isnin. Hari Selasa pun cuti sebab demam lagi.. Ingat Rabu boleh sekolah tapi masa nak kejut dia bangun badan Aisyah masih panas lagi. So memang kene bawa pi klinik la.. Sebelum ni tak pi klinik sebab ubat demam dan batuk ada lagi. 





Labels

Followers