Pages

3 peri gkat bulan Ramadan


 Tiga peringkat bulan Ramadan :


❤️ 10 malam awal Ramadan - adalah rahmat Allah.


❤️ 10 malam pertengahan Ramadan - magfirah, Allah pilih orang yang diberi kemampuan. 


❤️ 10 malam terakhir ramadan - Allah pilih orang yang dijauhkan dari api neraka.


أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

.

Marilah kita berdoa & berusaha bersungguh-sungguh supaya Allah pilih kita menghayati & menikmati ketiga-tiga peringkat Ramadan hingga akhir Ramadan dengan iman & taqwa.


Akhirnya apabila berlalunya Ramadan, dosa kita diampunkan oleh Allah SWT, menjadi hamba yang lebih baik hingga bertemu Ramadan yang akan datang & hingga kembali bertemu Allah SWT. 

Pilih kami Ya Allah 🤲

Mama jumpa doc pakar

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa my dear readers.. Lately ni Aini tak berapa sihat.. batuk dan semput at the same time sejak Sabtu lepas. Mungkin sebab cuaca yg panas sangat pastu kejap sejuk.. 

Aini dah lama tak update blog sebab menjaga mama Aini. Last November, ada 1 hari tu mama Aini nampak keletihan.. Aini cuma ingat sebab mama Aini duk aktif dengan marhaban jadi aini rasa mungkin sebab tu mama Aini kerap duk dalam bilik, golek2 kt katil sambil tengok tv.. Aini kerap la tengok mama kot2 mama nak apa2.. 

Mama Aini tak demam tapi mama kata mama rasa letih sangat. Esok tu mama datang kat Aini kata dia sakit celah ketiak kiri kanan.. bila Aini tengok memang terkejut. Dari belakang hingga ke depan area ketiak merah sangat2. Dan bila Aini pegang rasa dia keras ya amat. Aini dah mula risau. 

Rupanya dah 2 hari jadi camtu sampai mama rasa sakit sangat baru la nak bagi tahu Aini. Aini cakap kat mama klau ada apa2 bagi tau cepat2 takut jadi semakin teruk. Selepas jumpa doc, dia kata kene ambik darah. Resultnya mama Aini kene jangkitan kuman. Yang kanan paling teruk bengkaknya, belah kiri nampak skit macam size kene bisul.

Selepas mama habis makan antibiotoc, yg bengkak kanan tu tak surut lg.. belah kiri baik..Pegi lagi klinik, Aini ingat sekejap je rupanya dekat 2jam mama Aini di dalam bilik doc. Rupanya mama Aini kene terus buat minor surgery untuk buangkan nanah di belah kanan. Jangkitan kuman tu reading dia dah tahap tinggi sangat tapi yg miracle tu mama Aini langsung tak demam. Kalau demam memang dh kene warded.

Doc potong hampir 2cm untuk keluarkan nanah dan akan biarkan macam tu sehingga tumbuh daging baru tak boleh jahit lagi. setiap hari buat dressing di klinik nak bagi bersih kawasan luka tu. Ada sampai 1 bilik tidur mama bau nanah yg kuat. Setiap malam Aini akan tolong cuci luka mama dan tutup dgn wounded cotton. Kalau diikutkan Aini takleh tengok lubang besar mcm tu Aini akan vomit tp sebab mak kita sendiri kan so kita jadi berani. 

Disebabkan dah sebulan tak ok lagi, Aini minta klinik buat refer letter ke hospital pakar. Dah pi hospital dapat pula doc lelaki. Mama Aini segan la tapi terpaksa. Doc tengok ada lg kesan lubang yg doc klinik potong tu, doc suruh buat ultrasound bulan Jan 24. 

Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha Aini tolong mama bersihkan luka, akhirnya luka tu dah tertutup. Makan 3 bulan lebih juga la. kesian mama Aini.. nak tdo susah, solat susah.. bila berpeluh naik gatal sangat, mama Aini tahan jelah.

13 March 24, berjumpa dengan doc pakar nak tau result ultrasound hari tu. Alhamdulillah mama Aini clean. semua negatif, tiada apa2 dalam badan mama.. Syukur sangat.

Aini risau sebab arwah paklong Aini (abang mama Aini) ada cancer. Macam² Aini fikir masa tu. Bila dapat result dari doc, hati rasa lega sangat.

Tahun ni umur mama dah 74.. Alhamdulillah mama masih kuat dan sihat.. Semoga Allah panjangkan usia mama dan diberi kesihatan yang baik. Aamiin..



Love, Aini



Staff hack personal fb boss sendiri

Pernah tak dengar staff sendiri hack fb bos dia..?

Tempat Aini kerja ni bos cari freelance je or part time.. Tapi bos Aini ni baik sangat lah.. Sanggup belikan smart phone baru untuk staff baru bagi memudahkan kerja dia.. Sebab staff ni tugasnya sebagai tiktoker.. Untuk promote product skincare ni melalui Live TikTok (TT).

Bos cerita lah kat Aini masa interview budak ni kata dia biasa buat live. But maybe its because bos x buat test kt dia nk tgk dia boleh buat ke tak so dia hire la budak tu.. 

Dari bulan Nov 23 hingga Feb 24 baru 2 kali buat live. Bos ada bagi tau Aini yang dia ingat nak terminate budak tu sbb tak perform. 

Malam tu budak tu msg Aini kata dia ingat nak resign. Sebab bila dia on live dia jadi blur.. Mungkin sebab dia taktau nak cakap apa pasal skincare.. Masalahnya, bos bg tau Aini dia dh prepare kertas depan dia apa perlu ckp.. 

Dia buat live pun tutup muka dengan mask..pastu ckp mcm ckp sorang sampai ada customer complain tak dengar apa dia cakap, mcm berbisik. Aini sempat la join TT live dia, nampak xde semangat.. cakap mmg mcm berbisik, tak dengar apa yg dia cakap..dan dia tak guna pun apa yang bos dah sediakan paper untuk dia tu.




One day, 9.30mlm, bos Aini call.. Aini tak dengar fon bunyi masa tu sbb Aini di dapur. Hujung minggu lak tu.. Tengok fon ada 3 miss call, so Aini fikir ni mesti urgent.. So Aini call la dia balik.. Dia tanya Aini ada ke bukak personal fb, dan dia sendiri tanya gak tak mungkin Aini yang buat. Aini terus terang memang Aini tak usik pun. Sebab dia kata banyak post pasal TT and beberapa gambar dah delete. 

Pastu dia dapat detect dari fon ofis yang lagi satu, which is fon dari budak tiktoker tu.. Sebabnya ada keluar soalan dari fon bos yang dia dah tukar password baru. Tak tahulah kenapa dia buat macam tu. Mungkin dia nak resign dia buat cara macam tu...

Bos msg dia tanya ada tukar password facebook and buang gmbr tak..Dia ada juga tukar gambar profile personal fb bos.. dia tak ngaku yang dia buat. So bos nak jumpa dia kat ofis. Bila dah jumpa face to face, and bos kata nk report polis sbb hacked personal fb barulah budak tu ngaku and merayu jangan report polis. So bos dah maafkan dia cuma bos taknak ambik dia kerja dengan bos dah..  semua fon dah return kat bos..

Mlm tu budak tu personal msg Aini tanya nak datang ofis kul 7am.. Aini tanya kenapa ada tinggal barang ke.. Dia sengih je.. Aini ckp Aini x masuk ofis sbb ada hal nk hantar mak pi check up. Dia duk sengih je.. mcm tak betul lak budak ni.

Aini cakap klau nak pi ofis call bos cakap ada tinggal barang ke apa.. Mmg dia tak call and tak datang pun.. Mesti ada muslihat dia tu... Bos kata suruh block nombor dia sbb fikirkan keselamatan Aini.

Sebelum dia kene buang kerja, budak tu tiba2 msg bos nak air apa, katanya dia belanja.. Tapi bos bg tau Aini sejak dia masuk bulan Nov lepas tak pernah dia buat camtu. Hari tu dia ambik air 3in1 dari pantry, dia ckp kat bos dia nak minum tapi bos  ternampak budak tu bawak balik air 3in1 tu.. Aini taktau apa sebab sampai nak bawak balik. Bos tak tanya lak dia..bos tak kisahlah air je pun tp perangai mmg pelik.

Bos Aini sekarang dah fobia dapat staff yang seram mcm tu.. ada muslihat setiap perbuatan dia tu.. Mujur la bos tak bagi kunci ofis kat budak tu.. takut dia buat bende tak elok je..

Aini nasihat kt bos untuk pasang cctv.. takut dia datang lagi buat hal ke apa.. 

Aini pun naik seram la perangai budak tu mcm pelik2.. Memang ada nampak pelik skit..Ntah la, semoga kami sentiasa dilindungi Allah S.W.T


Labels

Followers