Pages

Pakteh tinggalkan kami

 Assalamualaikum..

Dukacita Pakteh Aini telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu pagi (21hb Oktober 2023) jam 7.30pagi.



Pakteh seorang pendidik, seorang yang sweet dan selalu dengan senyuman.
TokJa yang rajin melayan cucunya
Semoga pakteh pergi dengan husnul khotimah
Semoga amalan pakteh yang baik-baik jadi peringatan buat yang masih hidup.

Sehari sebelum pakteh meninggal, Aini dan family on the way balik ke kampung Perak
Selepas suami habis kerja petang tu, dia balik mandi rehat jap pastu terus balik kampung
Semua berpakat nak jumpa dengan pakteh esoknya di hospital
Masa tu takde sape2 di rumah opah kecuali Aini sekeluarga..
Adik beradik pakteh plan nak balik kampung hari Sabtu tu

7.30pagi Aini pi toilet dan bersiap nak pi mandi
Aisyah pun dah bangun, suami masih tidur sebab penat bekerja hari Jumaat tu
Tiba² Aini dengar suara orang menangis
Aini intai dr tingkap bilik, nampak opah menangis dengan maid dia
Terdengar suara Maklong dalam talian
Hati rasa tak sedap so Aini terus pi kat opah
Maid kata pakteh dah takde..

Opah nak masuk dalam rumah sangat lemah
Sampai Aini & maid kene papah dia
Mana ibu tak sedih klau anak yang pergi dulu kan?
Pakteh beruntung, ibu yg masih hidup doakan pakteh di sana

Sunyi sepilah opah di kampung
Selalu setiap hujung minggu pakteh akan balik rumah opah
Sebab rumah pakteh dekat je dengan rumah opah berbanding dengan anak² opah yg lain..
Sehari sebelum pakteh masuk hospital, maid ada tunjuk gambar yang dorang tengah seronok pi shopping di Aeon Ipoh dan bawak opah jalan²
Tak sangka tu adalah kali terakhir berjumpa

Makteh Aini lagi sunyi
Dia takde rezeki dapat anak lagi
Masa pakteh dibawa ke rumah opah dengan siap kafan
Raut wajah makteh sangat la tenang dan nampak kuat
Semoga makteh terus kuat ya..

Kami sekeluarga sayang pakteh
Tapi Allah S.W.T lebih sayangkan pakteh
Kami redha

Al-Fatihah


GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

Dah lama tak join GA..
Aini blogwalking Mamapie ada post pasal GA ni.. 
So Aini pun nak join gak la..hehe

Jom sama2 join GA by Syafiqa Hatta (Her 1st GA)

Click image to join

Syarat Penyertaan:

1. Copy gambar gift box di atas yang ada tunjuk isi dalam gift box ni dan backlink kan ke entry ini

2. Copy paste tajuk entry ini dan buat 1 entry menandakan anda join giveaway ini. Ajak rakan-rakan blogger yang lain join sekali

3. Copy paste link entry korang ke ruangan komen di bawah BERSERTA alamat email masing-masing untuk saya contact sebagai pemenang nanti

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada bila-bila masa mengikut citarasa saya 😂


Ok, senang kan syaratnya..

All the best ya..


Bulan Oktober dipenuhi dengan pelbagai ujian

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah Aini masih bernafas
Bulan ini adalah bulan Aini lahir pada 4hb Oktober 1985 (Hari Jumaat)

Selalunya saudara mara tak miss wish birthday Aini
Cuma di awal bulan ni, ada berita sedih, masing2 dalam kerisauan termasuklah Aini..
Pak Teh Aini diserang sakit jantung, dia rebah di sekolah jam 1215pm
His heart totally stopped, mujur ada cikgu2 lain bergegas bawa dia ke hospital terdekat
Masa on the way, ada salah sorang cikgu tahu CPR

Kini Pakteh Aini ditidurkan untuk bagi dia rehat.
Dah seminggu dia di hospital, last update doc nak buat ct scan..
Family lain masih belum lg update yag terkini..
Last update jumaat lepas katanya ada kuman dalam darah..

Mohon kawan blogger doakan kesihatan Pak teh Aini ya..

Nothing much to say
Bulan ni agak sedih buat Aini
1st pasal Pak Teh
2nd kerja Aini bulan ni last kerana company tu tak perlu khidmat Aini lagi sebagai freelance..

Kepala dah kusut mana nak cari income
umur semakin meningkat, nak cari kerja pun banyak company pilih had umur
Kesian kat hubby struggle cari rezeki..

Semoga Aini & hubby dimurahkan rezeki demi untuk besarkan anak 
dan juga dapat jaga mama Aini dengan baik.. InsyaAllah..

Dah lama tak balik kampung ni, banyak betul ujian yang kami terima satu per satu..
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dalam diri kami ini..


~Aini~


Labels

Followers