Pages

Raya, raya biskut raya..

Assalamualaikum..

Dah start buat biskut raya ke..?
Aini blum buat lagi dan tak decide lagi nak buat biskut raya apa..hehe
Maybe biksut tunjuk la kot.. klau nak buat sendiri maybe 2 jenis biskut raya je..
Sebabnya base on experience last year, hubby Aini slalu dapat hadiah, hamper biskut2 raya.. 
Bukan 2 balang.. kadang2 sampai 3 atau 4 balang..
Dalam 1 minggu tu leh dpt 3 jenis biskut raya..
Kalau 4 minggu..? haaa banyak kann.? hehe

Memang tak terhabis dibuatnya sampai rasa jemu plak nak habiskan semua..
Dah habis bulan syawal pun biskut raya masih duk ada lagi.
Aini dah lama tak buat open house sebab Aini ni jenis cepat penat (ada Asthma)
Mama Aini pun lagi la penat sbb dah 70s kan, berdiri lama pun dah sakit
Plan nak buat biskut raya yg simple dan cepat..

Dulu rajin buat Almond London, siap jual lagi tapi agak renyah juga nak buat tu..
Tambah lagi kacang Almond dan bahan2 lain semua dh naik harga.
Nak dapat untung modal pun x berapa la sangat so Aini stop la jual..
Cuma sekarang lebih focus on cake yang Aini buat sekarang ni la...

Owh by the way, kalau ada nak order cake boleh roger Aini.
Nak pos boleh...Deliver pun boleh (Aini guna Lalamove, klau jauh mahal la) 
Kalau pos ok lagi..

Leh tengok2 dulu ya, klau berminat just hello me..



To order, kindly wassap me: Order cake

With love,
Aini







Aisyah dah masuk Darjah 1

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa.. Lama nya Aini tak update blog kan.. ??
Punya la busy bebenor sampai tak dan nak bukak laptop.

Sekarang ni Aini officially house wife. At least Aini dapat tumpu lebih perhatian pada Noor Aisyah.
Tahun ni Aisyah dah darjah 1.. cepat je rasa dia dah umur 7 tahun.

Pagi Aisyah pegi sekolah Kafa, petang sekolah kebangsaan.
Alhamdulllah dapat sama sekolah bersama cousins dia Noor Zulaika & Yusuf.
Cuma tak dapat 1 kelas dengan cousin dia Noor Zulaika, dorang ni sebaya.
Cuma waktu rehat, memang dorang akan rehat bersama dan balik bersama.

1st day of school, abah Aisyah ambik cuti.
Aisyah dah excited.. kite je yg risau duk fikir boleh ke dia buat semua sendiri tanpa parents ada..
Nak beli makanan di kantin, keluar pi tandas sendiri..Macam2 fikirlah..

Seminggu sekolah, dia dah pandai buat semua tu.
Dah besar dah kan..hehe tapi setiap hari sebelum pi sekolah Aini akan remind dia macam2.
Alhamdulillah, she managed to do all I said.

Gambar kiri: Sekolah Kafa (pagi), Gambar kanan: Sekolah Kebangssan (petang)
Abahnya cedih tgk anak dara dia dah school..But happy at the same time..

Gambar dari kiri: Pintu masuk ada welcoming students / Aisyah nak ke barisan ikut kelas dia / ada 400+ pelajar Darjah 1 / Aisyah sempat tengok mama dia tangkap gambar / Beratur selepas rehat / Rehat bersama cousin (Seronok dapat makan ayam gunting)

Minggu ni adalah transisi yang terkahir.
3 bulan, cikgu akan tengok prestasi murid2 dan akan ditukar balik ke kelas baru.
Harap Aisyah dapatlah duk 1 kelas dengan cousin dia hehe..
Semoga anak2 menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

With Love,
Aini



5 hari sakit mata

Assalamualaikum,

Mata Aini kene berjangkit dengn suami..
Ahad pagi tu mata hubby dh start merah dan berair.. pakai la ubat mata aisyah sebab ada baki lg.

Mata Aisyah dah ok tapi hubby plak kene..
Ahad malam tu pula, mata Aini plak dh mula berair.

Isnin hubby decide nk ambik mc.
Aininpun ikut pi klinik. 
Memang tengah musim sakit mata.
Kawan ofis hubby pun kene gak, jumpa doc yg sama.
Katanya mata dia lagi bengkak atas bawah dengan mata merah berair.


Tak biasa pakai sunglass.. pinjam la mama Aini puna bagi nak elak dari kene merebak kt orang lain. 

Aini start batuk sejak minggu lepas, campur dengan sakit mata memang rasa terseksa.
Masa nak masak tu, Allah saje yg tahu betapa pedihnya mata.
Sekali tu je lah masak, sekarang pi beli je atau makan la apa yg ada di dapur. 

Nak tunduk sakit, solat pun sakit..
Hari ni dah hri ke 5..suami dapat mc sambung lgi 3 hari. .
This is my very 1st time got eye infection.

Pastikan tangan sentiasa bersih..
Jangan share kain lap, pakai tisu ya..

Take care all..

With love,
Aini




Hanya mampu berdoa

Assalamualaikum..

Hampir sebulan menyepikan diri.. 
2 bulan kerja di tempat baru dan dalam pada masa yang sama mother in law (MIL) jatuh
di kampung sehingga tulang kaki kirinya patah. 

Aini bersama suami bawak balik MIL ke rumah Aini di Puncak Alam untuk menjaganya sehingga dia pulih. Dari bulan Ogos sehingga Oktober kami menjaganya. 

Kerja Aini mcm mana pula..?
Ya, memang agak mencabar. Waktu masuk kerja 8.30..
Sebelum tu Aini pi siapkan Aisyah dan hantar Aisyah ke sekolah.
Tau la budak ni klau nak pi sekolah, banyak ragamnya..
Pastu belikan breakfast untuk MIL dan siapkan makanan dia di meja makan..

Aini kerap balik rumah untuk tengokkan MIL bila waktu lunch..
Kerja di ofis tetap diteruskan seperti biasa.
Aini dah terus terang pada boss pasal condition MIL.
mula2 dia ok, tapi pada hujung September dia bagi surat notis.

Bila baca surat tu, Aini terdiam.. hanya air mata je yang keluar tanpa kata-kata..
Staff kewangan sebaya dengan Aini pujuk Aini untuk terus kuat.
Dia pun rasa simpati dan dia tak mampu nak buat apa2.

Aini termenung seorang diri di bilik
Cakap kat diri sendiri, mungkin tempat ni bukan sesuai untuk Aini
Tiba untuk menjaga MIL sehingga dia sembuh.
Pada masa tu Aini hanya luah pada adik.
Malam pula, Aini tunjuk surat pada suami.
Dia jawab, Aini tak salah. Ini semua bukan kehendak kita.
Mungkin semua ni ada hikmahnya.
Rezeki ada di mana-mana dan terus pujuk Aini..

Mama Aini cakap, Aini dapat pahala besar menjaga MIL
Mama Aini kata dia nampak Aini struggle jaga dia, makan minum, uruskan rumah,
suami & aisyah lagi..
Dengan kata2 mama Aini tu membuatkan Aini rasa lega dan semangat untuk move on.



Semoga selepas ni ada lah rezeki yang lebih baik buat Aini sekeluarga..InsyaAllah..

With Love,
Aini





Wordless Wednesday: Sports Day Tema Kampung

 


Hari sukan tema kampung taska Aisyah.

Yunus (anak buah) pun nak bergambar sekali..hehe

Best cake from juzabakes

 


Best cake from Juzabakes..
Boleh pos terus ke rumah..
Hari ni pos InsyaAllah esok sampai..

Nak order boleh klik di bawah ni ya:


P/S: Maaf Aini dapat pos dalam Semenanjung sahaja.. Saya takut kek rosak klau pos ke Sabah Sarawak..


With Love,
Aini








Wordless Wednesday

 


Selama ni Aini guna ayat LOL pada adik bila ketawa..
Laugh Out Loud
rupanya bukan ek..haha

Datang interview berpakaian tak formal

Assalamualaikum,

Dah sebulan lebih bekerja di tempat baru. Alhamdulillah jiwa rasa tenang dan seronok kerja.
Bila adanya give and take, bekerjasama dalam apa jua sekalipun,
kita akan rasa seronok nak pi kerja kan.
Teringat semasa kerja di Putrajaya dulu.. 
10 tahun bekerja, xde rasa malas nak pi sana sebab suasana yang ceria, happening bila kita bekerja.
Sama la di tempat kerja baru Aini.

Semoga Aini terus kekal bekerja di sini sehinggala rasa nak pencen awal..hehe...
Tahun depan dah 40, kite plan nak pencen awal dalam 45 gitu
pastu nak fokus 100% on baking di Juzabakes.

Sejak kerja sini, bila ada port luck, Aini akan bawak kek
Sampaikan staff2 di sini pun order utk jamuan anak, untuk makan bersama family..
Termasuk la bos Aini sendiri, order untuk makan sendiri. 
Masa nak balik dari ofis, dia pegang kek 8inch tu sambil makan, 
Betapa sukanya dia. Alhamdulillah

Terlari tajuk plak.. ok..

Aini bekerja sebagai HR, dulu ada la pengalaman skit psl HR tp x fully handle..
So banyak la Aini kene study..

Yang paling byk is interview new staff for Live Host
Sebab bos nak tambah product baru
Tapi orang yang hantar resume cantik kemas, dlm gmbar dia pun nmpk la kemas
Bila dipanggil untuk interview rasa nak marah pun ada..tau kenapa..?

Calon tu datang dengan muka yg x bermaya, naked face la..
Even org yg naked face pun leh nampak la berseri tp ni tak ya.
Macam org nak pi pasar sebabnya pakai tudung sarung, baju plak x formal/kemas, mmg betul sarung terus kuar pi kedai.. haa camtu la.. leh imagine tak..?

Calon lelaki plak, nampak smart, mcm leh tahap level kerja di KLCC
Bila datang, dia pakai cap, t-shirt tak berkolar, and short pants bawah lutut..

Nak ke hire orang mcm tu..? memang tak la..

Tapi nak jaga air muka dia, Aini layankan aje, interview macam biasa pastu dah..haha

Ada orang ni attire cantik kemas kita pun sedap mata memandang
dari interview terus berborak pasal keje dia dulu..hahaha

Macam2 kan manusia sekarang ni..?
Nak kerja tapi kalu appearance macam tu macam mana management nak trust untuk ambik dia.

Lagi satu ni kelakar.. 
Saya tanya, awak tahu jawatan apa yang awak apply..?
Dia leh jawab, saya tak tahu, saya nampak iklan saya terus hantar resume..
Rasa nak tepuk dahi dia.. 

Tuler nak interview ni kenelah prepare kan..?




Begitulah cerita pasal interview orang ni..

Ok, nxt entry kita update lagi..

With Love,
Aini

Tempat kerja baru

 Assalamualaikum,

Hari ni dah minggu ke 2 Aini bekerja di tempat baru..
Alhamdulillah so far kerja di sini sangat best, staff yang friendly, org yang huhahuha..ceria lah hehe
Majority semua staff perempuan. Lelaki pun the boss jelah.
Owner dia perempuan as a Director, laki dia as a co-director/manager

Total staff tak ramai hanya 7 orang termasuklah Aini.
Company ni menjual perfume, body lotion, body scrub..
Selalu buat online sales di TikTok, so pembeli memang sentiasa ada..
1 hari lebih 200 order..

Waktu pagi Aini akan buat kerja office.. 
Mostly lepas lunch Aini akan bantu di production department sebab x cukup tangan
Barang plak banyak dan kene kejar sebelum deadline untuk hantar ke courier.



Free nanti leh la tengok ya..

Citer si Aisyah pula, dia pernah datang ofis Aini..
Dia seronok sebab ada kawan
Seorang staff ni dia akan ambik anak dia duk di ofis sebab xde sape menjaganya
Bos pun tak kisah cuma jgn kaco org buat keje je..

Hari Sabtu memang bawak Aisyah sebab xde siapa di rumah


Hampir setiap kali Aini ambik Aisyah dari sekolah dia kata nak ikut, taknak duk rumah sepupu dia
Sekali sekala Aini akan minta tolong adik ambikkan Aisyah hantar ke rumah mama Aini ataupun tinggal bersama adik. 
Selepas kerja Aini ambik la dia dari rumah adik.
Tapi bila dia lama duk rumah adik dia akan tanya mana mama ni.. haha
Gitu la citernya..

Ok, nk rehat jap..
Take care all..

Baru keje 2 minggu dah mc sehari.. batuk and semput teruk..adehhh

With Love,
Aini

Hurix ubat sakit gigi

 Assalamualaikum, 

Lately ni Aini sakit gigi, punca sbb gigi berlubang.. kite ni takut nak pi dentist..
Bukan apa, sebab tak tahan dengan rasa ngilu tu huhu..
Aini hampir makan ubat pain killer.. 

Pastu ada 1 time sakit gigi sgt, nak bite apa2 susah..
Hubby belikan Hurix ubat sakit gigi..
Sebelum Aini tido, Aini pakai la Hurix ubat sakit gigi ni setitik di tempat gigi sakit tu
Alhamdulillah esok paginya, dah x rasa sakit langsung sampai ke petang..
Harap hilang terus la rasa sakit ni..
Dah beberapa hari dah makan bubur nasi ni..hahaha



Pernah pakai ni..? rasa bunga cengkih ni memang kuat tapi worth to buy..
Beli la untuk simpanan stock, expired dia mmg lambat..
Mana la tau tiba2 sakit gigi kan leh la pakai Hurix ni..hehe

Labels

Followers