Pages

Raya bersama mentua di Tronoh, Perak

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya..

Raya sebulan kan.. hehehe.. ada yang buat open house ke..?
Aini balik raya 2 hari sebelum raya di Tronoh, Perak dan balik rumah pada raya ke-3..
Suami kerja pada raya ke-5.

Hujung minggu raya, Aini tak kemana-mana..
Masing2 tak sihat.. Selepas semua sihat Aini plak yang masih lagi tak sihat..
bersambung dari sakit tekak terus batuk, flu and semput yang tak sembuh2 lagi.

3days in a row, Aini pakai nab di rumah. 
Mungkin sebab cuaca tak menentu, kerap hujan..bila sejuk mula la semput.

Raya tahun ni di rumah mentua Aini.
Hanya Aini dan adik ipar je yg balik.. 
Yang lain balik di mentua masing2..

Minggu ni kami akan berkumpul dan beraya bersama di rumah kakak sulung hubby Aini..
Kakak ipar yang sakit cancer dia masih tak larat dan dia semakin lemah.
Suaranya bertukar suara mcm budak disebabkan tekanan ketumbuhan di lehernya membuatkan dia akan rasa terbongkok dan suaranya berubah.
Dia tak boleh nak duduk tegak mcm biasa, dia sentiasa bongkok je.
Bila dia tegakkan badan dia akan rasa sakit.
Tahap kesihatan dia sangat lemah, doc pun cakap dia tak lama..
mungkin makan minggu, bulan or beberapa tahun je.

Mohon readers doakan kakak ipar Aini sembuh dan boleh happy bersama keluarga tercinta.
Kesian tengok dia, nak pi jalan2 pun dia tak larat. 
Anak yang paling kecik darjah 5. Anak sulung dan no.2 baru habis SPM thn ni dan tahun lps.
Masing2 pun tengah tunggu untuk dapat tawaran mana2 kolej/universiti untuk sambung belajar.

Back to cerita Raya..
1st Raya, selepas solat raya, bersalam salaman dan makan2..
We all decide pi jalan2 di Penang. Tidur sana 1 malam di Flamingo By The Beach Hotel.
Kalau pi Penang, hotel tu je kami akan pilih, sebab pantai dia private, tak share dgn orang luar sangat.
saje makan angin tapi bila esoknya nak balik umah mentua balik, hadap jam la kan.. haha..
Cuma tak bestnya anak2 tak berapa sihat, so xde la bawak dorang mandi pool/pantai..
Makan angin kt luar jelah..

1st Raya with in-laws

Gambar bawah muka Aini berkerut.. time tu panas terik tu..

Maaf ler, gambar di Penang x banyak snap sangat..
Bila anak tak sihat, kita pun xde mood sangat nak ambik gambar..
Ni jeler yang leh share hehehe

Ok, that's all for now..
ada rezeki Aini share story lagi.

Take care ya..
Jaga kesihatan..jangan makan kuih manis2, air manis2 ya..
Make sure banyak minum air kosong..

With Love,
Aini

Labels

Followers