Pages

Raya, raya biskut raya..

Assalamualaikum..

Dah start buat biskut raya ke..?
Aini blum buat lagi dan tak decide lagi nak buat biskut raya apa..hehe
Maybe biksut tunjuk la kot.. klau nak buat sendiri maybe 2 jenis biskut raya je..
Sebabnya base on experience last year, hubby Aini slalu dapat hadiah, hamper biskut2 raya.. 
Bukan 2 balang.. kadang2 sampai 3 atau 4 balang..
Dalam 1 minggu tu leh dpt 3 jenis biskut raya..
Kalau 4 minggu..? haaa banyak kann.? hehe

Memang tak terhabis dibuatnya sampai rasa jemu plak nak habiskan semua..
Dah habis bulan syawal pun biskut raya masih duk ada lagi.
Aini dah lama tak buat open house sebab Aini ni jenis cepat penat (ada Asthma)
Mama Aini pun lagi la penat sbb dah 70s kan, berdiri lama pun dah sakit
Plan nak buat biskut raya yg simple dan cepat..

Dulu rajin buat Almond London, siap jual lagi tapi agak renyah juga nak buat tu..
Tambah lagi kacang Almond dan bahan2 lain semua dh naik harga.
Nak dapat untung modal pun x berapa la sangat so Aini stop la jual..
Cuma sekarang lebih focus on cake yang Aini buat sekarang ni la...

Owh by the way, kalau ada nak order cake boleh roger Aini.
Nak pos boleh...Deliver pun boleh (Aini guna Lalamove, klau jauh mahal la) 
Kalau pos ok lagi..

Leh tengok2 dulu ya, klau berminat just hello me..



To order, kindly wassap me: Order cake

With love,
Aini







Aisyah dah masuk Darjah 1

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa.. Lama nya Aini tak update blog kan.. ??
Punya la busy bebenor sampai tak dan nak bukak laptop.

Sekarang ni Aini officially house wife. At least Aini dapat tumpu lebih perhatian pada Noor Aisyah.
Tahun ni Aisyah dah darjah 1.. cepat je rasa dia dah umur 7 tahun.

Pagi Aisyah pegi sekolah Kafa, petang sekolah kebangsaan.
Alhamdulllah dapat sama sekolah bersama cousins dia Noor Zulaika & Yusuf.
Cuma tak dapat 1 kelas dengan cousin dia Noor Zulaika, dorang ni sebaya.
Cuma waktu rehat, memang dorang akan rehat bersama dan balik bersama.

1st day of school, abah Aisyah ambik cuti.
Aisyah dah excited.. kite je yg risau duk fikir boleh ke dia buat semua sendiri tanpa parents ada..
Nak beli makanan di kantin, keluar pi tandas sendiri..Macam2 fikirlah..

Seminggu sekolah, dia dah pandai buat semua tu.
Dah besar dah kan..hehe tapi setiap hari sebelum pi sekolah Aini akan remind dia macam2.
Alhamdulillah, she managed to do all I said.

Gambar kiri: Sekolah Kafa (pagi), Gambar kanan: Sekolah Kebangssan (petang)
Abahnya cedih tgk anak dara dia dah school..But happy at the same time..

Gambar dari kiri: Pintu masuk ada welcoming students / Aisyah nak ke barisan ikut kelas dia / ada 400+ pelajar Darjah 1 / Aisyah sempat tengok mama dia tangkap gambar / Beratur selepas rehat / Rehat bersama cousin (Seronok dapat makan ayam gunting)

Minggu ni adalah transisi yang terkahir.
3 bulan, cikgu akan tengok prestasi murid2 dan akan ditukar balik ke kelas baru.
Harap Aisyah dapatlah duk 1 kelas dengan cousin dia hehe..
Semoga anak2 menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

With Love,
Aini



Labels

Followers