Pages

Food Panda salah alamat

Assalamualaikum..

Cerita kelmarin malam tu.. 
Aini tak larat nak masak sebab gastrik..
Suami pulak demam.. So Aini order makanan dari foodpanda..

Masa rider dah pick up makanan Aini tengoklah dari map dalam food panda tu..

Lg brape saat dia dah nak masuk ke simpang rumah Aini.. So Aini & aisyah dah standby kat proch tunggu kt gate.. Tunggu lunya tunggu rider tu x sampai2.. 

Aini pun rasa pelik tengok la kt apps foodpanda tu.  Eh dia dh letak delivered tapi makanan tak sampai kat Aini.. 

Bila tengok alamat rumah aini dalam apps memang betul tapi kenapa hantar ke alamat lain..even maps location pun dah terang² pin kat rumah Aini..

Bende ni la leceh sebb kita dah bayar siap2.. Agaknya rider ni main letak je kt tembok pastu terus gerak.. call/msg pun tidak..

Aini wassap dalam group lorong Aini dan lorong sebelah kot2 la rider tu letak ke rumah jiran.. Sebab banyak berlaku macam tu.. jiran wassap dlm group tanya makanan ni sape punya salah deliver..

Ramai respond dan kata xde terima.. Aini dengan sakit perut pun keluar juga pusing tengok setiap rumah kot2 la nmpk tersangkut kat mana² pagar ke.. 

Memang takde rezeki masa tu.. mujur selepas Aini buat report kt foodpanda dorang refund balik tapi makan 14hari juga la.. total beli makanan rm30.. food panda call rider tu pun dia kata xde respond..

Tapi Aini down sangat sebab Aini order bubur nasi untuk hubby yg tak sihat.. Aisyah lak lapar nak makan nasi goreng.. 

End up makan apa yg ada jelah..

Nak masak tu memang Aini weak dengan perut yang duk cucuk2..

Esok paginya ada jiran 1 lorong dengan aini msg

Katanya ada makanan Aini kt rumahnya.. mlm tu dia xde di rumah dia di Johor.. pagi tu sampai rumah dia teringat la Aini ada msg psl makanan tu.. Aini just say thank you and minta dia buang jelah sebab makanan tu tentu dh rosak..

Tapi bayangkan klau orang tu xde di rumah confirm rumah tu gelap.. dah kenapa rider tu letak gak makanan tu kt rumah orang tu..pelik tul..

Begitulah ceritanya mengorder guna foodpanda ni.. Aini x gemar sgt nk order online tp dh masing2 tak sihat terpaksa la order online jugak..

Sape pernah kene macam Aini..? 

With love,
Aini


Mama ada katarak..

Assalamualaikum..

Breakfast apa pagi ni..?
Aini mcm biasa, klau minggu bukan cuti sekolah Aini akan hantar Aisyah ke taska.. habis taska Aini ambik dia.. suka lah Aisyah tengok mama dia ambik..
Tapi kadang2 dia kata "Asyik² mama je ambik.. bila abah nak ambik..?" Haha
Abahnya sebelum terang dah keluar pi keje..

Aini sekarang ni kejap ada kerja, kejap takde..
Sebabnya kerja wfh Aini sekarang base on call..
Kalau ada maka ada lah.. Kalau xde senyap ler..
Ada rasa bosan juga sebab sebelum ni memang duk ofis je and busy ke hulu ke hilir buat kerja..
Tapi takpelah ada hikmahnya Aini dapat wfh..
Sambil2 tu leh teman mama Aini di rumah..

Aini dah lama tak blogging sebab laptop aini dah nazak..
Moniter screen tu dah bertukar warna dan bergaris2.. sampai 1 image dah jadi 3 image.. 
So bayangkan klau kita berblogging semua ayat berlayer2.. juling la mata..
Ni Aini pakai smartphone.. tupun tak puas nak blogging..keyboardnya comel bebenor sampai rasa nak kebas jari² ni..

Petang tadi mama Aini ada appointment dengan doc di Uitm Hospital Puncak Alam. 
Mama Aini ada katarak kedua belah mata.
Sebab setiap kali mama nak mengaji atau membaca buku mata mama akn berair dan semakin kabur.

So doc dah fix tarikh untuk operation bulan November ini.. doc buat mata kanan dulu sebab kanan yang paling teruk.
Tak silap harga keseluruhan untuk 1 mata dalam RM3k-RM5k tapi sebab mama ada pencen dapat la murah sikit..
Mohon doa kawan² agar dipermudahkan operation mama Aini nanti ya..

Sorry gambar dibawah takde kene mengena dengan tajuk tapi kek tu Aini buat tau..hehe

Lemon poppy seed loaf buttercake
Boleh pos ya..
Aini bake dari rumah je..
Nak order leh hello Aini..

With love,
Aini




Hidup adalah ujian


HIDUP ADALAH UJIAN

Orang miskin diuji dengan kekurangan.
Orang kaya diuji dengan kelebihan.

Orang gagal diuji dengan rasa kecewa.
Orang berjaya diuji dengan rasa bongkak.

Orang sakit diuji dengan derita.
Orang sihat diuji dengan kehebatan.

Orang bujang diuji dengan kesepian.
Orang berpasangan diuji dengan perselisihan.

Orang hodoh diuji dengan kejian.
Orang cantik diuji dengan pujian.

Orang bodoh diuji dengan rasa rendah diri
Orang pandai diuji dengan rasa bangga

MAKA..
Sesungguhnya di dunia ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai jenis ujian.

Semoga kita diberi petunjuk serta jalan agar dapat kita lalui ujian ini dan terus berada di landasan yang benar.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamin.

Assalamualaikum, Selamat pagi guys..

Sumber: FB

With Love,
Aini

Labels

Followers