Pages

Dapat kerja baru waktu lockdown

 Assalamualaikum..

Dah setahun lebih Covid ni masih wujud lagi dan kite semua xtau bila akan hilang. Sama2 kite doakan agar penyakit merbahaya ni akn hilang dengan cepat. 

Alhamdulillah mama and papa Aini dah ambik 2dos vaksin. Rasa lega sangat2 dan harap akan bertahan lama dalam badan mereka. Aini & hubby xtau bila lagi.. masih menunggu panggilan.. 

Klau dh dapat panggilan utk ambik vaksin pergi la.. sape tak ambik rugi.. kite ikhtiar.. kite cuba.. dah dapat free ni ambil lah.. tahun depan mungkin xde dh dpt free vaksin ni..

Anyway.. dah lama sangat Aini tak update blog kan.. last update bulan Feb tentang Aini join venture dengan sepupu buka cafe di Glenmarie Gold Club.

Sekarang......... (~_~)

Sejak Aini join bulan Disember 2020 sehingga Lockdown (Jun 2021) Aini jadi terlampau penat, mood asyik tak baik..aisyah asyik kene marah padahal dia nak ambik perhatian dengan mama dia je..kesian dia.
 
Mama aini tegur yang Aini nampak miserable nampak susut..
Hubby kata Aini nampak mcm panda (mata sembab). 

Sejak mulanya Lockdown ni Aini ambik keputusan untuk tarik diri. Banyak dugaan sepanjang Aini kerja sana.. Hujan lebat kene tempias teruk, angin & hujan lebat segala macam kat counter jatuh, makanan basah. Aini tak sanggup. Aini jadi kerap semput balik. kerap sakit.

Aini cakap dgn hubby yang Aini nak kerja dekat dgn rumah..
Hubby ok je as long as Aini tak mcm tu balik. 

Aini dapat interview dekat Petals (gubah bunga and gifts) 20min from home
Cerita Drama Love Elsa berlakon tempat kedai bunga tu..
Aini dpt offer tapi aini tolak sbb shift sampai 9malam..
Aini ada anak kecik so Aini xnk stay lambat.

2nd interview di kedai bengkel kereta - 15 mins from home
dorang nak cari staff HR and finance 
dorang offer Aini sbb tengok Aini byk pengalaman..
So yup Aini terima walaupun dia offer agak rendah.
Cuti Ahad, Sabtu halfday. Mon-Fri 10am - 6pm
ok lah bagi Aini.. habis kerja sampai rumah 6.20 camtu




Aini start kerja pertengahan Jun tp gaji dapat dari 1st Jun sbb masa tu lockdown baru mula so bengkel xleh bukak lagi. Sekarang bengkel dah buka dapat kelulusan dr Miti. Ada juga la customer datang nk repair kereta. Aini jaga counter sambil2 tu buat keje akaun.. 

Macam mana dengan awak pula? 
Yang mana kene buang kerja dan yang mana bisnes turun disebabkan lockdown ni Aini doakan semoga anda dimurahkan rezeki untuk teruskan hidup bersama orang yang tersayang.

Please 
Stay safe
Stay At Home
Take Care
Wear Mask
Eat Healthy Food

With Love,
Aini









Labels

Followers