Pages

Selamat tinggal Atuk..

Assalamualaikum,

Rabu 15hb Februari 2017 (18 Jamadilawwal 1438H), atuk Aini telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.15pagi di Batu Gajah, Perak. 

Kalau ikutkan pada hari tu Aini akan bercuti di Sabah 15hb hingga 18hb dengan suami, sepupu Aini dan seorang opismate.. Flight jam 9.20am so plan bertolak dari rumah pada pukul 5pagi. Masa tengah kemas2 baju hati rasa mcm berat sangat nak pegi Sabah. Tapi dengan kehendakNya.. Aini terima panggilan daripada sepupu pukul 3pagi. Aini ingat sepupu Aini tak jadi ikut disebabkan kerja tapi dia bagitau sambil menangis ckp Atuk dah takde.. Aini plak macam mamai2 skit jadi Aini ckp la kt sepupu "cakaplah betul2" Dia pun kata ya betul, Ayah yang bagi tau.. Terus Aini sedar pastu nangis. Suami Aini terus bangun terkejut dengar Aini nangis. Pastu suami pun tanya nak pegi sabah jugak ke.. Aini ckp Aini nak balik kampung. 3.30pagi Aini kejut mama Aini. Kejut dgn perlahan sbb mama Aini jenis mudah lemah bila dgr org yang dia sayang dah pegi. Macam arwah Paklong Aini dulu.. (abang mama Aini) meninngal sebab kanser.

Barang baju yang dah kemas untuk ke Sabah, diangkut terus untuk bawak balik kampung. Just remove yang mana tak perlu je. Kejut adik aini untuk bersiap balik kampung. Yang kesiannya si Yusuf la nyenyak tido tp bila bawak masuk kereta dia tak sedar langsung.. Sepanjang perjalanan Alhamdulillah jalan sangat clear, suami Aini bawak laju juga masa tu, syukur masing2 selamat sampai ke Batu Gajah. Nampak arwah Atuk terbaring di ruang tamu.. tengok muka atuk macam dia sedang tido.

Arwah atuk selamat dikebumikan.. cuaca sangat cantik walaupun agak panas skit sbb pd masa tu dh pukul 11 lebih. Kubur Arwah atuk betul2 duk sebelah Arwah Paklong Aini. Semasa Arwah Atuk hidup lagi, dia ada kata pada family, bila dia takde nnt dia nak sebelah Arwah Paklong Aini. Mmg hajat dia tertunai.

Pada hari tu opah Aini sangat lemah dan sedih.. hari esoknya dia nak makan ubat dia nangis sbb selalunya Atuk yang remind dia untuk makan ubat. Meja di luar tmpt Arwah Atuk selalu lepak pun dia menangis. Segala perbuatan dan masa yang opah buat dia mmg tak boleh lupakan Atuk. Opah sendiri cakap Opah msh dapat rasa yang dia ada, bayangan dia masih ada. Even Aini sendiri pun ada rasa macam tu. 

Sekarang Opah bersama Maklong Aini untuk bagi Opah rasa tenang. Hujung minggu ni mama Aini akan balik kampung untuk stay lebih lama bersama Opah supaya dia tak rasa sunyi.. Opah kene sentiasa ada orang disekeliling dia klau tak dia akan lagi sedih. Kami sekeluarga tak nak Opah jatuh sakit kerana rindu sangat dgn Atuk. Arwah Atuk Aini sangat romantik dan manja dgn Opah. Mungkin sebab tu Opah terlalu sedih.


Semoga Atuk tenang disana.. 
Kami akan merindui Atuk..
Al-Fatihah

Labels

Followers