Assalamualaikum
Renungan Hari Isnin.. (^_^)
Jom belajar melatih diri dalam keadaan ini. Sebagai manusia, kita memang tak boleh lari daripada berdepan dengan masalah ini. Tidak mampu 'bersangka baik' memerlukan kepada penerangan. Tak mampu 'berterus terang' memerlukan kepada bersangka baik.
Pinjam kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: "Ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit dalam hubungan sesama manusia adalah UKHUWAH".
Cth: Kucing ni tak boleh berterus terang, jadi bersangka baiklah ツ
FADHILAT BERSANGKA BAIK
Bersangka baik juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah:
1. Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.
2. Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,
3. Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya.
4. Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.
5. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.
6. Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah; (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”
With Love,