Pages

Selamat Hari Raya


Aini dan suami ingin ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin bagi yang mengenali kami ini. Jika Aini ada terkasar bahasa dalam blog ni Aini susun 10 jari memohon maaf..

Walaupun blog Aini yang ini agak baru tapi Aini tahu ramai silent readers.. Love you lots..

Bagi yang on the way balik kampung atau bakal balik mlm ni atau esok atau hari yang seterusnya.. Aini doakan kalian selamat sampai ke destinasi. Klau mengantuk sila lah berhenti ditempat yang selamat ye. Til then take care.. Aini akan berblogging balik after raya ye.. tata (^_^)


With Love,
Aini

Note penting!! Ramai buat macam ni..

Assalamaualaikum,

Aini nak share tips ni.. msg ni Aini dpt emel drpd mother in law..

Saya nak kongsi tips yang saya dapat daripada seorang kenalan, untuk dijadikan panduan bagi kita yang pernah atau sering terjaga daripada tidur untuk ke bilik air.

Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3 kali 1/2 minit. Kenapa 3 kali 1/2 minit ni penting? Amalan ini sangat mudah namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut. Anda mungkin pernah mendengar cerita ada individu yang nampak sihat di siang hari tetapi meninggal dunia keesokan pagi.

“Petang semalam saya bersembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas. Dia dah meninggal? Apa penyakit dia?”

Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu bangkit dari katil dan terus ke bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah. Pattern ECG (Electro Cardiogram) seseorang individu normal pada siang hari manakala di waktu malam ketika bangun untuk buang air contohnya, pattern ECG boleh berubah. Bangun secara tiba-tiba menyebabkan otak akan menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung disebabkan kekurangan darah.

Nasihat pakar adalah mengamalkan 3 kali 1/2 minit, iaitu:

    1. Bila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama 1/2 minit. 
    2. Kemudian duduk atas katil untuk tempoh 1/2 minit. 
    3. Selepas tu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama 1/2 minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.
Selepas 3 kali 1/2 minit tersebut, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang kita sering dengar.


Ada seorang tua menangis kesal kerana beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi ketika diberitahu tentang tips ini. Dua tahun lalu beliau terjaga untuk buang air kecil. Tiba-tiba dunia terasa berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun daripada katil. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tak menderita seperti sekarang.

Kongsi maklumat ini dengan orang yang anda sayang untuk menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia tua atau muda.

Worldless Wednesday

Photo - 15 COOL FACTS THEY FORGOT TO TEACH YOU IN SCHOOL

Have u try it..? i did but it doen't work.. mesti nak tutup mata punya lah..hehe

With Love,
Aini

Wordless Wednesday


Red💋 and yellow💛 and pink💖 and green💚 purple💜 and orange🍊 and blueeee💙🎶🎵 
lagu zaman sekolah rendah.

With Love,

Aini

Sayangi anak kita



1
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.


2
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.


4
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.


5
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.


6
Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak. 


Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

With Love,
Aini

Pekerja melayu tp makanan tak Halal

Assalamualaikum,

Hi and hi.. Sabtu ni smua g mana? tgk wayang? Ooo aini dh lama x tgk wayang.. Nak sgt tgk citer Jalan Puncak Alam sbbnye aini duk situ.. nak tau tang mana seramnye..hehe

Hari ni Aini keje..xde sape pun kt opis hanya aini seorang je sbb nak siapkan keje finance ni.. Rajin tak kite..? wawawa..

Anyway, Aini nak share citer ni pasal aini ni jenis dh suka makan makanan Korea.. sbb terpengaruh dgn citer reality ni.. The Return Of Superman.. yang buat kite rs nak makan Korea ni sbb tgk salah seorang anak ni nama dia Sarang.. kuat makan dan cara dia makan amat menyelerakan.. haha...

Semalam hari jumaat kan so rehat panjang. Aini pegi makan kat Korean Food ni. Nama dia 

NAMOO GREY Korean Cafe. Aini dan kwn dah duk situ nak pilih order, tgk gambar menarik pastu order la makanan. Sementara tunggu order Aini pusing tgk kedai dia..xdelah bangun berjalan tgk setiap tempat nnt dorang kata aini x betul lak..haha.. Aini toleh kanan toleh kiri tgk sekeliling sbb nak cari logo Halal.. know what mmg xde tp pekerja melayu ramai, customer melayu ramai. Aini tanya kawan aini, makanan sini Halal ke, x nmpk pun Logo Halal.. Kawan pun ckp Halal la klau x nape ada stuff melayu, ramai melayu makan sini mesti halal.. I was like yeah maybe.. (DUSH..kasi tampar muka sendiri baru tau!!)


Ok.. semasa dpt makanan Aini and kawan dh hbs makan dh, kenyang Alhamdulillah.. dh balik opis.. sementara tunggu suami ambik aini di opis, hati rs mcm x sedap je.. Aini on fb follow Namoo tu. aini tanya dia dlm fb message:


So what's your opinion? Is the food Halal eventho they said suppliers are halal but not all? Pork free..Alcohol free..Do u still gonna eat there? Untuk Aini tidak akan makan situ lagi walaupun ada yg halal tapi apa yang halal? Daging? Ayam? spices..? tp apa yang tak halal tu.. sudah tentu ada beberapa menu yang dicampur dgn makanan yang x halal kan.. ?

Ini silap aini jugak tak tanya dulu sebelum order makanan.. Kite ni mmg pantang nmpk makanan yang sedap2 tp tak tahu sama ada ia Halal ataupun tidak. Sape yang penah pegi IOI citymall Putrajaya mmg akan rs best tgk byk makanan kt situ.. 

Kite akan belajar dr kesilapan dan bila kite sedar biarlah ia satu pengajaran.

So to all muslims, please be aware..

With Love,

Noor Aini

Wordless Wednesday


I'm alone in my room..Listening to the romantic piano makes me feel so sleepy..

My room-mate is on leave for 2 days, so quiet..

She's the only person that makes this room more happening..haha

With Love,
Noor Aini


Renungan Jumaat: Kata-kata Motivasi





Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".

Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

Mood kerja

Assalamualaikum,

Welcome back bagi yg baru nk mula kerja hari ni.. For me cuti pnjg agak bosan gak klau x pergi ke mana.. cuti raya cina ni Aini duk umah and g KL je.. nak kata jalan pun x jugak sbb g KL sbb g umah lama jap pastu g kenduri aqiqah anak kedua kwn suami Aini..tu je..? tak g jalan2 cari makan..? jawapannye tak lah.. haha.. Yangpaling best kan..smlm hari ahad org sibuk balik dari kampung dan Aini lak dgn selamba pegi opis buat keje 2 jam boleh..? Punya rajin kan hari ahad dtg keje.. Kat opis Aini tgk 3 org  termasuk Aini yang g keje..Anyway ada sebab Aini keje.. i have unfinish business work here and i know everyone has unfinish work.. xtau bilanya leh habis keje hakiki kite..

Anyway.. Hari ni ramai gak yg masih cuti.. kt parking lot pun agak lapang.. Pegi keje pagi tadi pun agak lapang kotttt... nape kot? Sbb Aini tido dlm kereta masa on the way pegi keje..hahaha.. kite sedap tido hubby plak yg tahan mata drive g keje..cian dia.. klau nak suruh Aini drive pegi keje atau balik keje mmg hubby tak bagi pun.. katanya dia boleh bawak walaupun kite nmpk dia penat.. lagi satu yg sebenar-benarnya dia risau klau kite drive.. Kalau dia duk sebelah dan kite drive bukannye dia rest mata pun..dia akan tgk jln jugak..haha.. Mesti yg dh kawin pun kene cam Aini gak kan..hehe

Ok catch u later.. nak sambung wat keje jap.. tata

By the way, do u like my new header.. The black and white with no image of me..?? hehe
Xde idea sbnrnya pun sbb frust gmbr2 lama hilang dlm previous blog..

With Love,
Noor Aini


Maafkan saya..

Assalamualaikum,

Hi hi..maaf mesti u all tgk blog aini byk xde gmbr.. well actually something went wrong dan Aini sendiri pun xtau mcm mana leh hilang.. mungkin ada terdelete dalam mana2 setting.. Agak frust jugak la sbb byk giler kot gmbr xde dlm tu.. wording je yg ada.. So i hope kali ni in future jgn la gatai sgt nk delete tu delete ni tanpa check betul2..huhu..

So what pass is pass and i will do new updates with new pictures.. malas nak bukak blog baru so Aini biarkan aje yg mana xde gambar tu.. 

Dengan rasa kecewa,
Noor Aini

Labels

Followers